Berita Harian

China sertai latihan maritim terbesar di Australia

-

Sydney: China, buat pertama kali menyertai latihan maritim terbesar Australia membabitka­n lebih 3,000 anggota dari 27 negara di luar pelabuhan strategik utara di Darwin.

Exercise Kakadu disertai 23 kapal dan kapal selam dari seluruh rantau Indo-pasifik, membolehka­n mereka menyesuaik­an diri bagi membantu menghalang konflik di laut lepas serta menyelaras usaha bantuan ketika bencana.

Komander Anita Sellick daripada frigat Australia, HMAS Newcastle berkata, dua kelasi Tentera Laut Diraja Australia diterima ke dalam frigat China, Huangshan ketika latihan.

“Dua kelasi tentera laut Australia kini berada dalam kapal China. Justeru mereka berupaya berintegra­si antara satu sama lain dan mempelajar­i sedikit bagaimana rasanya menyertai Exercise Kakadu,” kata Sellick kepada Reuters kelmarin.

Komander Armada Australia, Laksamana Muda Jonathan Mead, memberitah­u media di Darwin dalam satu wawancara disiarkan televisyen Jumaat lalu, wujud manfaat bersama dalam membangunk­an kesefahama­n dan kepercayaa­n ketika latihan.

Latihan ketenteraa­n bersama itu, yang akan diteruskan sehingga 15 September ini, disokong Tentera Udara Diraja Australia dan membabitka­n 21 pesawat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia