Berita Harian

Suami bunuh isteri, anak di rumah Australia

-

Perth: Seorang lelaki bertindak kejam sehingga tergamak membunuh isteri, tiga bayi serta ibu mentuanya dan kekal di rumah keluarga itu selama beberapa hari sebelum menyerah diri kepada pihak berkuasa.

Kes pembunuhan didakwa itu adalah tragedi ketiga membabitka­n keluarga yang menggegark­an Australia Barat dalam tempoh beberapa bulan ini.

Polis mendakwa Anthony Robert Harvey di atas pembu- nuhan anak kembar berusia dua tahun, Alice dan Beatrix, Charlotte, 3, isterinya, Mara, 41, dan ibu mentua, Beverley Quinn, 73.

Pesuruhjay­a Polis Australia Barat, Chris Dawson memberitah­u wartawan bahawa tiada senjata api digunakan dalam serangan itu tapi tidak menolak kemungkina­n ia membabitka­n pisau dan alat tumpul.

“Kami percaya pembunuhan itu berlaku dalam tempoh dua hari.

“Ibu (mara) dan ketiga-tiga anaknya itu dibunuh dalam satu tempoh masa pada 3 September manakala Puan Quinn pada pagi hari berikut,” katanya.

Julai lalu, seorang lelaki didakwa membunuh ibu dan dua adik beradiknya manakala seorang datuk menembak isteri, anak perempuan dan empat anaknya dalam pembunuhan bunuh diri Mei lalu.

 ?? [ FOTO AFP] ?? Polis mengeluark­an mayat dari rumah selepas berlaku kes pembunuhan di Perth, Australia, semalam.
[ FOTO AFP] Polis mengeluark­an mayat dari rumah selepas berlaku kes pembunuhan di Perth, Australia, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia