Berita Harian

Bourdain menang Emmy ke-5

Chef selebriti AS dapat anugerah penulisan cemerlang program di Itali

-

Bourdain dianugerah­kan Emmy, penghormat­an tertinggi industri, bagi penulisan cemerlang program bukan fiksyen untuk episod siri di selatan Itali yang disiarkan November lalu pada musim ke-10 rancangan berkenaan.

Anugerah itu diumumkan pada malam kedua Seni Kreatif Emmy, yang meliputi kategori pertengaha­n dan teknikal dan diberikan terlebih dulu menjelang anugerah utama pada 17 September ini.

Bourdain, sebelum ini menang anugerah Emmy empat tahun berturut-turut, dari 2013 hingga 2016, sebagai penerbit dan hos ‘Part Unknown’ dalam kategori siri maklumat cemerlang atau khas.

Siri berkenaan, yang memaparkan Bourdain menikmati hidangan tempatan dan budaya destinasi seluruh dunia, membolehka­n beliau menerima Anugerah Peabody berprestij pada 2014.

Program bukan fiksyen

Bourdain turut menerima beberapa pencalonan Emmy sebagai hos pertanding­an realiti berasaskan masakan di saluran ABC, ‘The Taste’ dan menang Seni Kreatif Emmy bagi sinematogr­afi terbaik dalam program bukan fiksyen bagi satu lagi rancangan melancong dan makanan ‘No Reservatio­ns.’

Bourdain, yang memulakan kerjayanya sebagai pencuci pinggan di restoran di New

York dan meningkat naik menjadi salah seorang chef televisyen terkenal dunia, pernah ber- kongsi hidangan di Vietnam bersama bekas Presiden Barack Obama, meninggal dunia 8 Jun lalu.

Beliau ditemui tergantung dalam bilik hotelnya di Strasbourg, Perancis, lokasi beliau menjalani rakaman episod rancangann­ya musim ke-11.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia