Berita Harian

Tempah beg tangandapa­t dua botol air

-

Chef selebriti Amerika Syarikat, Anthony Bourdain, yang membunuh diri Jun lalu pada usia 61 tahun, memperoleh Anugerah Emmy kelima selepas kematianny­a bagi rancangan makanan dan melancong popular terbitan CNN yang dihoskan beliau, ‘Parts Unknown’. Bangkok: Penipuan di talian bukan perkara baru lagi kerana ia berlaku di mana-mana saja sama ada membabitka­n soal hubungan antara lelaki dan wanita atau tidak mendapat apa yang ditempah sebaliknya menerima barangan palsu atau murah.

Terbaru, sebuah portal akhbar Thai melaporkan, seorang wanita membuat aduan kepada polis selepas menerima dua botol air minuman sedangkan dia menempah beg tangan melalui talian (online).

Mangsa membawa bukti tempahan termasuk resit urus niaga talian, butir-butir perbualan dengan penjual dan satu video ke balai polis Muang semalam sebagai bahan sokongan aduan ke atas penjual.

Penjual tidak dapat dihubungi

Katanya, dia menempah satu beg tangan terpakai Celine pada Selasa lalu selepas gambar produk itu disiarkan di Instagram penjual, lapor Bangkok Post.

Dia membayar 37,000 baht (RM4,673) untuk tempahan itu selepas mendapat diskaun 3,000 baht (RM378) dan membuat pindahan wang ke nombor akaun penjual pada hari yang sama.

Selepas membuat bayaran itu, dia diberitahu bahawa beg itu akan dihantar ke alamatnya dan diberi kod bungkusan ejen penghantar surat.

Bagaimanap­un, mangsa mengesyaki ada sesuatu tidak kena selepas tidak dapat menghubung­i penjual sehari kemudian dan mendapati akaun penjual dibekukan.

Apabila memeriksa dengan firma penghantar surat, dia diberitahu barangan tempahan itu dalam perjalanan dari Chiang Mai.

Apabila bungkusan sampai, mangsa meminta seseorang merakamnya membuka bungkusan yang didapati mengandung­i dua botol air Kung Fu Panda.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia