Berita Harian

Seorang penonton maut, 40 cedera saksi Mane

Rempuhan di pintu masuk stadium sebelum aksi Madagascar, Senegal

-

Sekurang-kurangnya seorang terbunuh, manakala 40 cedera selepas berlaku rempuhan penyokong pada kempen kelayakan Piala Negara-negara Afrika yang menyaksika­n Madagascar seri 2-2 ketika bertemu Senegal kelmarin.

Jumlah korban itu disahkan oleh pengarah hospital di bandaraya ini, tempat berlangsun­gnya perlawanan Kumpulan A di Stadium Mahamasina.

Sebelum perlawanan

Saksi kejadian mendakwa, rempuhan dan rusuhan itu berlaku di pintu masuk sebelum sepak mula.

Seorang terbunuh manakala 37 cedera termasuk dua mangsa yang berada dalam keadaan kritikal selepas mengalami kecederaan di kepala dan dada.

Penyokong sudah berbaris di luar stadium sembilan jam sebelum sepak mula perlawanan yang menjadi tumpuan, berikutan kehadiran bintang Liverpool, Sadio Mane yang beraksi bersama Senegal.

Keputusan itu menyaksika­n Senegal dan Madagascar berkongsi kedudukan teratas Kumpulan A dengan mengumpul empat mata daripada dua perlawanan.

Senegal menewaskan Equatorial Guinea 30 di pusingan pertama.

Moussa Konate meletakkan Senegal di depan minit ke27, sebelum Paulin Voavy menyamakan kedudukan seminit sebelum tamat separuh masa pertama.

Keita Balde kembali meletakkan Senegal di depan pada minit ke62, sebelum pertahanan Napoli, Kalidou Koulibaly menjaringk­an gol ke gawang sendiri lima minit kemudian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia