Berita Harian

Fenati digantung 2 perlumbaan selepas tarik brek pesaing

-

Milan: Pelumba Moto2, Romano Fenati digantung dua perlumbaan selepas tindakanny­a menarik brek motosikal seorang pesaingnya, Stefano Manzi pada saingan Grand Prix (GP) San Marino, kelmarin.

Mereka sedang bersaing dalam kelajuan tinggi di Litar Misano ketika pelumba Kalex berusia 22 tahun itu tibatiba menarik brek motor Manzi hingga menyebabka­n dia hilang keseimbang­an seketika sebelum kembali menguasai jenteranya.

Fenati dilihat mengikuti rapat Manzi dan cuba untuk mengatasi rakan senegarany­a itu dalam beberapa pusingan awal sebelum melakukan tindakan berbahaya itu.

Selaku pelumba Moto2, Fenati yang mewakili pasukan Marinelli Snipers menggunaka­n jentera Kalex hilang kelayakan selepas 23 pusingan kerana aksinya itu yang dianggap sebagai ‘tunggangan tidak bertanggun­gjawab’.

Sengaja timbul bahaya

Panel Pengurusan FIM Motogp kemudian mengumumka­n Fenati akan terlepas dua perlumbaan berikutnya iaitu di Aragon, Sepanyol pada 23 September dan Thailand (7 Oktober) kerana ‘sengaja menimbulka­n bahaya kepada pelumba lain’.

“Pelumba mesti menunggang jentera mereka dengan cara yang bertanggun­gjawab yang tidak menimbulka­n bahaya kepada pesaing atau pelumba lain,” kata FIM dalam satu kenyataan.

Ia bukan kali pertama pelumba dari Itali itu terbabit dalam kontrovers­i.

Sebelum ini, dia terpaksa memohon maaf kerana menendang pelumba Finland, Niklas Ajo ketika sesi pemanas badan Moto3 di GP Argentina 2015.

Dia juga pernah dikenakan hukuman disiplin pada musim 2016 oleh Sky Racing Team VR46, yang dimiliki oleh pelumba Itali, Valentino Rossi.

Fenati, yang berada di tangga ke19 dalam Moto2 dengan 14 mata boleh mengemukak­an rayuan terhadap penggantun­gan itu.

 ?? [ FOTO AGENSI ] ?? Fenati (kiri) menarik brek motor Manzi pada saingan GP San Marino, kelmarin.
[ FOTO AGENSI ] Fenati (kiri) menarik brek motor Manzi pada saingan GP San Marino, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia