Berita Harian

Djokovic gah rangkul juara kali ketiga

-

New York: Novak Djokovic menjulang trofi Terbuka Amerika Syarikat (AS) buat kali ketiga selepas menang ke atas Juan Martin del Potro, 63, 76 (7/4), 63 dalam aksi final, semalam.

Kejayaan itu membolehka­n Djokovic, 31, menyamakan kedudukan dengan idolanya, Pete Sampras yang meraih 14 gelaran tenis Grand Slam.

Djokovic, yang beraksi dalam lapan final di sini, muncul juara pada edisi 2011 dan 2015, dan kini ketinggala­n tiga gelaran di belakang Rafael Nadal serta enam di belakang Roger Federer yang memegang rekod 20 gelaran.

“Pete, saya sayang awak, awak idola saya,” kata Djokovic selepas menjulang trofi tenis Terbuka AS.

Gelaran berganda

Dia kini ketinggala­n tiga gelaran Grand Slam di belakang Rafael Nadal, dan enam gelaran di belakang pemegang rekod 20 gelaran, Roger Federer.

Kejayaan ini juga adalah yang ketiga buat pemain berusia 31 tahun ini melengkapk­an gelaran berganda Wimbledon dan Terbuka AS, selepas tidak beraksi pada tahun lalu akibat kecederaan siku.

“Terima kasih kepada penyokong yang disayangi, isteri, anakanak, pasukan saya yang bersamasam­a menempuh detik sukar. Ini untuk anda semua,” kata Djokovic yang menjalani pembedahan siku selepas Terbuka Australia, Januari lalu.

Kemenangan itu membolehka­n Djokovic melebarkan jurang rekod ke atas Del Potro dengan 15 kemenangan dalam karier dan lima kali di Grand Slam.

Bagi pemain nombor tiga dunia, Del Potro, kekalahan itu memang cukup perit selepas dia melangkah ke pentas final Grand Slam kali kedua sembilan tahun selepas dinobatkan juara Terbuka AS.

 ?? [ FOTO AGENSI ] ?? Djokovic memeluk trofi Terbuka Amerika Syarikat yang dimenangin­ya selepas menewaskan Juan Martin del Potro, semalam.
[ FOTO AGENSI ] Djokovic memeluk trofi Terbuka Amerika Syarikat yang dimenangin­ya selepas menewaskan Juan Martin del Potro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia