Berita Harian

Giroud, Mbappe gegar Paris

-

skuad kebangsaan.

Penyerang Chelsea itu mengharung­i kempen Piala Dunia di Russia tanpa sebarang gol.

Sebelum itu, sensasi remaja berusia 19 tahun, Kylian Mbappe yang mempamerka­n aksi cukup menakjubka­n meletakkan Perancis di depan pada babak pertama, namun Ryan Babel berjaya menyamakan kedudukan di babak kedua.

The Stade de France bergema apabila Giroud menjaringk­an gol kemenangan dalam aksi kompetitif, Liga Negara-negara Eropah berkenaan.

Bagaimanap­un, perlawanan itu dilihat lebih kepada pesta sambutan kejayaan Perancis menjulang Piala Dunia, apabila pemain tuan rumah meraikan kejayaan mereka di depan hampir 80,000 penonton selepas wisel penamat.

“Kemenangan lebih penting, jadi kami boleh meraikan parti ini dengan lebih meriah,” kata jurulatih, Didier Deschamps kepada stesen televisyen M6.

Bangga dengan Olivier

“Saya cukup berbangga dengan Olivier. Sebagai penyerang, mereka akan menempuh detik sukar gagal menjaringk­an gol, tetapi dia cukup penting untuk membina pasukan dan menentukan corak permainan.

“Dia menjaringk­an gol menakjubka­n. Ia sudah cukup untuk memberikan kami kemenangan, itu lebih bernilai,” katanya.

Pasukan Perancis dan penyokong mereka mengakui, peluang itu adalah detik terbaik untuk dijadikan sambutan umum selepas bergelar juara Piala Dunia di Russia.

Sehari selepas menumbangk­an Croatia 4-2 di pentas final, pemain skuad Les Bleus diarak di Champs-elysees Avenue di Paris untuk menghadiri sam- butan yang diketuai Presiden, Emmanuel Macron.

Bagaimanap­un, sambutan itu sedikit mengecewak­an kerana hampir 300,000 peminat membanjiri kawasan berkenaan menyebabka­n kesesakan teruk dan kali ini, semua pemain Piala Dunia diperkenal­kan seorang demi seorang selepas tamat perlawanan.

Trofi Piala Dunia dipamerkan sekali lagi, di lokasi yang sama ketika Perancis memenangi gelaran itu buat kali pertama pada 1998.

“Ini adalah masa untuk berparti.” kata Pogba kepada M6.

“Ketika kami pulang ke Perancis, masanya terlalu singkat. Kawalan keselamata­n terlalu ketat di sekitar bas yang kami naiki, dan kami tidak begitu menikmati sambutan bersama peminat.

“Kali ini, kami di Stade de France. Ia penuh, ia menakjubka­n,” katanya. AFP

 ??  ?? Aksi Mbappe ketika meraikan jaringanny­a ketika Perancis bertemu Belanda.
Aksi Mbappe ketika meraikan jaringanny­a ketika Perancis bertemu Belanda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia