Berita Harian

Kapten Liverpool akui bergelut

-

London: Jordan Henderson mengakui bergelut menguasai bahagian tengah ketika England berdepan kawalan dan penguasaan bola yang cukup mantap oleh pemain Sepanyol, dalam pertembung­an Liga Negaranega­ra Eropah.

Berdasarka­n sistem yang dipraktikk­an pengurus, Gareth Southgate ketika Piala Dunia, Henderson adalah pemain tengah bertahan tunggal yang membantu pertahanan, manakala Jesse Lingard dan Dele Alli lebih banyak membantu dua penyerang.

England kalah kepada Croatia dalam saingan separuh akhir Piala Dunia dan badi kekalahan itu berterusan sehinggala­h aksi di Wembley, pada Sabtu lalu.

“Ia memang sukar,” kata Henderson yang mengutip kad kuning sebelum digantikan dengan Eric Dier di babak kedua.

“Kami cuba untuk memberi tekanan di padang dan kadang kala ia tidak menjadi. Kami berjaya menjaringk­an gol yang menarik tetapi kalah selepas itu dan ia menyebabka­n kami cukup kecewa.

“Kami berdepan kesukaran menjana bahagian tengah kerana terlalu ramai pemain di kawasan itu. Apabila kami cuba masuk, tiga pemain lawan sudah menanti dan mengawal pergerakan. AGENSI

 ??  ?? Christian Eriksen
Christian Eriksen

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia