Berita Harian

Malaysia jinak Kemboja

Jaringan Shahrul, Syazwan, Sharel bikin Honda gigit jari aksi sulung

-

Daripada Aziman Rosdi

Skuad Harimau Malaya melakukan kebangkita­n untuk menafikan pesta buat Kemboja bersama jurulatih baharu, Keisuke Honda apabila meraih kemenangan 3-1 dalam aksi persahabat­an antarabang­sa di Stadium Olimpik Nasional Phnom Penh, di sini, malam tadi.

Tiga gol pada babak kedua menerusi Shahrul Saad, Syazwan Andik dan Sharel Fikiri Md Fauzi berjaya memadam hajat bintang Jepun, Honda membuat permulaan baik sebagai pengendali selepas mendahului pada babak pertama.

Selepas tewas 0-2 kepada Taiwan dalam aksi persahabat­an antarabang­sa di Taipei City Jumaat lalu, Cheng Hoe melakukan lima pertukaran dengan memasukkan Akhyar Rashid, Nasir Basharudin, Syazwan Andik, Khairul Fahmi Che Mat dan Rawilson Batuil yang membuat penampilan pertama.

Beraksi di atas padang rumput tiruan yang becak akibat hujan lebat sehingga perlawanan ditangguhk­an selama setengah jam cukup menyeksaka­n buat pemain negara yang terkial-kial mendapat rentak.

Sebaliknya, Kemboja yang mendapat sokongan padu 40,000 penyokong yang tidak menghirauk­an hujan lebat untuk hadir ke stadium memberi amaran awal menerusi sepakan percuma pemain import Terengganu, Thierry Chantha Bin yang terkena palang di minit ketiga.

Kegagalan pemain negara mengeluark­an bola sepakan percuma Chantha Bin pada minit ke-17 itu membawa padah apabila skuad Angkor Warriors mendahului 1-0 hasil rembatan voli Soeuy Visal.

Ranking ke-171 dunia

Malaysia yang berada di ranking ke-171 dunia (Kemboja 166) terlepas peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-49 selepas sepakan Akhyar melambung tinggi di dalam kotak penalti.

Tiga pertukaran dilakukan sekali gus oleh Cheng Hoe dengan memasukkan Shahrel Fikri, Amirul Azhan dan Fazly Mazlan di minit ke-58 dan ia jelas menampakka­n hasil.

Shahrel yang beraksi dengan kelab Thailand Nakhon Ratchasima menjadi pencetus kebangkita­n apabila mencipta dua bantuan gol buat pemain pertahanan Shahrul dan Syazwan di minit ke-62 dan ke-74 iaitu jaringan pertama mereka di pentas antarabang­sa.

Shahrel kemudian meredakan tekanan apabila merembat masuk gol ketiga pada minit ke-92.

Skuad kebangsaan harus berterima kasih kepada penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat yang tangkas menyelamat­kan beberapa percubaan bahaya.

Selepas ini, Harimau Malaya akan beraksi dalam tiga lagi aksi persahabat­an iaitu pada 8 November bertemu Sri Lanka di Colombo, Republik Kyrgyz di Stadium Hang Jebat Melaka (12 Oktober), Maldives di Stadium Nasional, Bukit Jalil (3 November) sebelum mengharung­i Piala AFF.

Dalam saingan itu Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama Kemboja, Laos, Vietnam dan Myanmar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia