Berita Harian

TMJ minat miliki kelab bola sepak di London

-

Kuala Lumpur: Kelab bola sepak berpangkal­an di London dilihat menarik minat Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk menjadi miliknya selepas ini.

Ia susulan kenyataan yang dikeluarka­n oleh baginda menerusi akaun Twitter miliknyany­a, HRH Crown Prince of Johor @HRHJOHORII apabila menyifatka­n kelab dari London sebagai pasukan ideal untuk dimiliki.

Dalam kenyataan sama, pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu turut mengakui langkah melabur dalam kelab gergasi Serie A Itali, AC Milan sebagai idea kurang bernas.

“Ia (memiliki AC Milan) sentiasa menjadi impian saya. Milan adalah pasukan yang besar namun malangnya, mereka kini berhutang lebih 600 juta.

“Jadi itu bukan idea yang bagus. Pasukan yang ideal untuk dimiliki adalah kelab dari London,” katanya menerusi kenyataan berkenaan kelmarin.

Pemegang saham kecil

Beberapa kelab ternama berpangkal­an di London dan memiliki reputasi besar di peringkat antarabang­sa adalah juara Liga Perdana Inggeris (EPL) dua musim lalu, Chelsea selain Arsenal dan Tottenham Hotspur.

Selain itu, kelab yang turut bersaing dalam EPL iaitu Fulham, Crystal Palace dan West Ham United.

Sebelum ini, bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) itu pernah dikaitkan untuk menjadi pemegang saham kecil dalam kelab Milan.

Beliau dikatakan sudah dimaklumka­n oleh kelab Itali itu untuk menjadi pemegang saham kecil dalam kelab berkenaan.

Menurut laporan media Itali, Presiden AC Milan, Yonghong Li sudah berunding dengan rakyat Malaysia berketurun­an Melayu bagi membeli saham dalam kelab berkenaan.

Bagaimanap­un, TMJ menafikan laporan itu dan menegaskan betapa beliau tidak mempunyai banyak wang untuk memiliki pasukan gergasi Itali itu.

Jelasnya, memiliki AC Milan adalah sekadar impiannya memandangk­an pasukan itu adalah pasukan kegemarann­ya sejak kecil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia