Berita Harian

Basikal lubuk emas Terengganu

-

basikal menjadi sandaran buat kontinjen Terengganu kali ini.

“Ketika SUKMA edisi ke-18 di Sarawak pada 2016, skuad berbasikal Terengganu meraih 14 pingat emas dan menjadi penyumbang emas terbesar buat kontinjen negeri.

Mampu ulang pencapaian

“Ketika SUKMA 2014 di Perlis, sukan kanu menjadi lubuk emas buat Terengganu apabila menggondol 14 pingat, manakala di Kuala Lumpur pada 2013, kita berjaya meraih 12 pingat emas.

“Jadi, dalam temasya di Perak ini, selepas kanu tidak dipertandi­ngkan, kami harap skuad berbasikal mampu mengulangi pencapaian itu dan menjadi penyumbang terbesar pingat emas serta berjaya mencapai sasaran diidamkan,” katanya.

Selain acara berbasikal, sukan memanah, pelayaran dan judo turut menjadi sandaran terbaik untuk memburu sekurang-kurangnya lima pingat emas bagi setiap acara sukan itu.

“Kita turut mensasarka­n sekurang-kurangnya tiga kutipan pingat emas dalam sukan angkat berat, menembak, pencak silat dan taekwondo,” katanya.

Sukan boling padang, sepak takraw, petanque dan tinju juga menjadi sasaran MSNT mengutip dua pingat emas, manakala gimnastik, hoki, golf, muay thai serta ibu segala pingat iaitu bola sepak masing-masing menjadi sandaran untuk menambah satu lagi pingat emas.

Terengganu yang muncul juara keseluruha­n empat kali berturut-turut SUKMA bermula 2008, 2010, 2011 dan 2012 menyasarka­n kutipan keseluruha­n 53 pingat emas, 32 perak dan 50 gangsa dalam temasya di Perak kali ini. Pengarah MSNT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia