Berita Harian

Melaka beri RM10,000 jika pecah rekod

-

Melaka: Kerajaan Melaka akan memberi insentif wang tunai RM10,000 kepada atlet negeri ini yang berjaya memecahkan rekod kebangsaan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Perak.

EXCO Komunikasi, Multimedia, Pembanguna­n Belia dan Sukan Melaka, Kerk Chee Yee berkata atlet negeri yang berjaya memecahkan rekod temasya akan menerima wang tunai RM5,000.

Katanya, kerajaan negeri juga akan memberikan insentif kepada pemenang pingat dengan emas individu menerima RM5,000 manakala RM2,500 (beregu), RM2,000 (bertiga) dan berempat serta RM1,000 (berpasukan).

“Atlet yang meraih perak individu menerima RM3,000 manakala RM1,500 (beregu), RM1,500 (bertiga) dan berempat serta RM750 (berpasukan).

Gangsa pula sebanyak RM1,500 kepada atlet individu manakala RM800 (beregu), RM800 (bertiga dan berempat) serta RM500 (berpasukan),” katanya semalam

Seramai 550 ahli kontinjen Melaka merangkumi pegawai, jurulatih dan atlet menyertai 29 acara sukan pada temasya kali ini. BERNAMA

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia