Berita Harian

Angkat berat Pahang dapat tonik tambahan

-

Kuantan: Skuad angkat berat Pahang meraih tonik tambahan dengan kehadiran bekas atlet negara, Mohd Faizal Baharom yang dilantik sebagai pengurus pasukan ke Sukan Malaysia (SUKMA) Perak.

Ketika 16 atlet Pahang diletakkan sasaran membawa pulang sembilan pingat termasuk lima emas, mereka dilihat mampu meraih lebih banyak pingat jika bijak memanfaatk­an sepenuhnya pengalaman Mohd Faizal.

Presiden Persatuan Angkat Berat Pahang (PABP), Datuk Suhaimi Mohd Yunus mengakui, pengalaman Mohd Faizal diyakini memberi lebih motivasi kepada badang Pahang untuk membuktika­n negeri itu tidak pernah ketandusan bakat.

“Saya harap semua atlet menimba ilmu dengan Mohd Faizal yang sentiasa bersama pasukan,” katanya di sini, semalam.

Suhaimi berkata, selain sasaran lima pingat emas itu, beliau yakin mereka juga akan mampu meraih dua lagi pingat perak serta gangsa.

“Biarpun sasaran ini menyamai pencapaian lima emas di Sarawak dua tahun lalu, kami akui saingan sengit dan terbuka daripada beberapa pasukan.

“Berdasarka­n prestasi semasa, saingan atlet Kedah, Terengganu dan Kelantan memang kuat, tetapi ia bergantung kepada kategori yang disertai.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia