Berita Harian

Ganjaran RM1,000 emas karate Kedah

-

Kulim: Atlet karate Kedah yang berjaya meraih pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Perak dijanjikan ganjaran sebanyak RM1,000.

Hadiah itu dijanjikan oleh Ahli Parlimen Padang Serai, M Karupaiyya­h sebagai pendorong semangat kepada atlet untuk mencipta kecemerlan­gan.

“Imbuhan ini sebagai perangsang kepada mereka supaya sentiasa meningkatk­an prestasi yang cemerlang ketika bertanding di SUKMA Perak.

“Lakukan yang terbaik, kekalkan disiplin untuk mencapai kejayaan serta mengharumk­an nama negeri Kedah,” katanya selepas majlis penyerahan bendera

Kedah untuk skuad karate di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Wellesley, di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Presiden Persatuan Karate Negeri Kedah (PKNK), Datuk Andy Murugesan dan Naib Presiden PKNK, P Balan Paramaguru.

Cabaran Karupaiyya­h itu disambut positif PKNK yang optimis, mereka mampu membawa pulang pingat emas pada temasya yang bermula esok sehingga 22 September ini.

Hantar 14 atlet

Ketika ini, sasaran utama emas ialah menerusi acara kumite wanita bagi kategori bawah 50 kilogram dan kumite lelaki bawah 67 kilogram.

Sementara itu, Presiden PKNK, S Stalin berkata, berdasarka­n persiapan sejak dua tahun lalu, mereka yakin skuad bimbingan N Suresh Kumar itu mampu memperbaik­i pencapaian meraih satu gangsa ketika SUKMA Sarawak 2016.

Skuad karate Kedah akan menghantar 14 atlet untuk bertanding dalam acara kumite dan kata bagi kategori wanita dan lelaki.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia