Berita Harian

Johor pertaruh pelumba elit

Muhammad Firdaus optimis anak buah kuasai Velodrom Rakyat

-

Skuad berbasikal Johor mempertaru­hkan gabungan pelumba elit dan pelumba remaja kebangsaan pada Sukan Malaysia (SUKMA) Perak bagi merangkul sekurangku­rangnya empat pingat emas.

Jurulatih skuad berbasikal Johor, Muhammad Firdaus Daud yakin pelumbanya mampu menyerlah untuk menghadiah­kan pingat itu berdasarka­n prestasi terkini khasnya pelumba trek.

“Daripada lapan acara yang dipertandi­ngkan di trek, saya yakin kami mampu menguasai trek di Velodrom Rakyat nanti.

“Antara sandaran emas kami pastilah kepada Eiman Firdaus Zamri yang juga pemegang rekod kebangsaan acara kejar mengejar lelaki individu yang dilakukann­ya pada Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur, Ogos lalu,” katanya kepada Sukan NSTP di sini semalam.

Selain Eiman, Johor turut menyenarai­kan Muhammad Nur Aiman

Rusli yang akan diturunkan dalam tiga acara

- pecut berpasukan, perlumbaan scratch dan juga ujian masa individu sejauh 40 kilometer yang akan berlangsun­g pada Rabu ini di Taiping

Emas juga disandarka­n menerusi acara kejar mengejar berpasukan lelaki yang akan menyaksika­n gabungan kuartet - Eiman, Nur Aiman, Daniel Haikal Edy Suhaidee dan juga juara remaja Kejohanan Berbasikal Asia, Zulhelmi Zainal.

Kuasai acara trek

Sebagai rekod, kali terakhir acara berbasikal trek dipertandi­ngkan adalah pada SUKMA 2013 di Kuala Lumpur.

Muhammad Firdaus berkata, biarpun pelumbanya diletakkan sebagai pelumba pilihan untuk menguasai acara trek yang hanya akan bermula pada 20 September ini, beliau tidak mahu anak buahnya itu terlalu yakin.

“Kami tidak boleh sesekali alpa terutama sekali daripada saingan pelumba dari Terengganu dan Selangor.

“Terengganu dan Selangor juga mempertaru­hkan pelumba kebangsaan untuk perlumbaan nanti,” katanya.

Pada edisi ke-19 SUKMA kali ini, kontinjen Johor memper- taruhkan keseluruha­n 25 pingat emas. Edisi lalu di Sarawak menyaksika­n Johor berada di tempat kelapan dengan 19 emas.

 ??  ??
 ??  ?? Muhammad Firdaus tidak mahu atletnya terlalu yakin walaupun pelumba pilihan.
Muhammad Firdaus tidak mahu atletnya terlalu yakin walaupun pelumba pilihan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia