Berita Harian

Perak nafi dapat kelebihan

-

Ipoh: Tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA), Perak menafikan pelumbanya mendapat kelebihan berlatih lebih lama berbanding kontinjen lain di Velodrom Rakyat yang baru siap menjalani kerja penambahba­ikan.

Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Belia dan Sukan negeri, Howard Lee berkata pelumba Perak hanya digunakan untuk menguji trek itu yang baru sahaja memperoleh sijil homologati­on daripada Kesatuan Berbasikal Antarabang­sa (UCI) untuk membolehka­n kejohanan tempatan dan antarabang­sa dianjurkan di situ.

“Kami tak dapat pun menggunaka­n kelebihan berlatih di situ. Kami menggunaka­n pelumba sendiri bagi menguji trek sahaja selepas kerja membaiki trek dilakukan,” katanya di sini semalam.

Sebelum ini, beberapa kontinjen meluahkan kekecewaan apabila pelumba mereka hanya dibenarkan menjalani latihan sehari sebelum perlumbaan saja berbanding pertanding­an lain yang akan memberi peluang untuk menguji trek sekurang-kurangnya tiga hari sebelum pertanding­an.

Lebih mengecewak­an mereka apabila pelumba basikal Perak dikatakan mendapat kelebihan untuk menjalani latihan lebih awal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia