Berita Harian

NS, Sarawak terikat aksi kedua

Kedua-dua pasukan berpeluang mara, Johor tersingkir

- Oleh Azizan Hashim

Negeri Sembilan (NS) dan Sarawak berkongsi mata apabila terikat 0-0 dalam perlawanan bola sepak Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 di Stadium Majlis Perbandara­n Manjung (MPM), petang semalam.

Kedua-dua pasukan yang masing-masing turun dalam perlawanan kedua berusaha gigih untuk mencari kemenangan bagi mengukuhka­n kedudukan dalam Kumpulan A.

Begitupun, penyudah tumpul menyaksika­n mereka gagal memecah kebuntuan sehingga tamat perlawanan.

Dengan keputusan itu, NS yang menang 2-1 ke atas Perlis dalam perlawanan pertama kekal sebagai pendahulu kumpulan dengan mengutip empat mata.

Sarawak pula yang seri 1-1 dengan Perak dalam perlawanan pembukaan juga berpeluang untuk menempah kemaraan ke peringkat suku akhir tetapi bergantung kepada perlawanan terakhirny­a menentang Perlis.

Sementara itu, Terengganu mengatasi Johor 2-1 dalam saingan Kumpulan B di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim.

Dengan keputusan itu, Johor tersingkir daripada saingan ke suku akhir selepas mengalami kekalahan kedua. Pada aksi pertama, Johor tewas 0-1 kepada Wilayah Persekutua­n.

 ?? [ FOTO BERNAMA] ?? Pemain Negeri Sembilan, Muhammad Hafizie Erwinshah (depan) mengawal bola ketika menentang Sarawak dalam perlawanan Kumpulan A di Stadium Perbandara­n Manjung, semalam. Keputusan seri 0-0.
[ FOTO BERNAMA] Pemain Negeri Sembilan, Muhammad Hafizie Erwinshah (depan) mengawal bola ketika menentang Sarawak dalam perlawanan Kumpulan A di Stadium Perbandara­n Manjung, semalam. Keputusan seri 0-0.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia