Berita Harian

Selangor, Johor gah

-

Seri Manjung: Johor membuka kempen Futsal Wanita Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 dengan membenam Pulau Pinang 5-2 di Manjung Indoor Sport Arena (MISA), semalam.

Dalam perlawanan kumpulan B itu, Siti Khaleda Ismail meletakkan Johor di hadapan pada minit ke-3. Fasrina Amira Abdullah kemudian melebarkan kedudukan pada minit keenam tetapi seminit kemudian Nurin Umairah Abdul Manan berjaya merapatkan kedudukan.

Nurin sekali lagi melakukan sentuhan jaringan untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-27. Jaringan itu sekadar membangkit­kan Johor yang terus menguasai saingan babak kedua itu dengan menambah tiga gol melalui Siti Khaleda dan dua lagi menerusi Nor Syamyza Azreen Ahmad.

Sementara itu, Selangor membenam Sarawak 6-1 dalam kumpulan A selepas mendahului 2-1 pada separuh pertama.

Dalam kumpulan B, pilihan utama kejohanan, Wilayah Persekutua­n membelasah Terengganu 11-0 selepas mendahului 4-0 pada separuh pertama.

Kedah pula mengatasi tuan rumah 2-1 dalam pertarunga­n sengit kumpulan A.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia