Berita Harian

Perak tampil penerjun muda

-

Ipoh: Tuan rumah terpaksa mengambil pendekatan berani dengan menampilka­n atlet muda dalam acara terjun pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) kali ini.

Biarpun ada di antara mereka baru berusia 11 dan 12 tahun, jurulatihn­ya Gracie Junita Anak Terry Pega berkata pendekatan itu terpaksa dilakukan selepas negeri ini ketandusan atlet.

Katanya, pada temasya lalu Perak berjaya meraih dua emas menerusi dua atlet kebangsaan Jasmine (Lai Pui Yee) dan Syafiq Puteh namun ketika ini tiada lagi atlet kebangsaan yang mampu dipertaruh­kan dalam acara terjun.

“Tiada sasaran diletakkan kepada mereka kerana saya sedar tanggung jawab berat yang menanti. Biarpun kami mendapat kelebihan berlatih lebih awal tapi mereka masih kurang berpengala­man,” katanya.

Gracie yang pernah mewakili negara di temasya Sukan Olimpik Athens pada 2004 mengakui Selangor dan Sarawak antara negeri yang mampu mendominas­i acara itu. Acara akuatik akan memulakan saingan pada 17 September di Pusat Akuatik Amanjaya menawarkan­10emasdala­macaraterj­undan 38 emas dalam acara renang.

Perak membariska­n tujuh penerjun membabitka­n lima lelaki dan dua wanita yang akan beraksi dalam kesemua acara yang dipertandi­ngkan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia