Berita Harian

Skuad wanita PP sukar pertahan pingat emas

-

Ipoh: Skuad badminton wanita Pulau

Pinang (PP) berdepan laluan berliku untuk mempertaha­nkan pingat emas acara berpasukan Sukan Malaysia (SUKMA) apabila mengalami kekalahan kedua berturut-turut dalam perlawanan peringkat kumpulan, semalam.

Tanpa tonggak utama, Goh Jin Wei yang membantu meraih emasdisara­wakduatahu­nlalu, PP tumbang lagi apabila tunduk 1-4 kepada Johor dalam saingan di Arena Badminton Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Ipoh.

Pemain PP, Lim Jee Lyn berkata sebahagian besar pemain dalam pasukan itu dibarisi muka baharu.

“Rasanyaaga­ksukar untuk kekalkan emas yang dimenangi pada edisi lalu tetapi kami akan cuba yang terbaik.

Pendedahan pemain muda

“Tanpa Jin Wei, memang dirasai tetapi ini adalah pendedahan bagus buat pemain muda mempamerka­n kemampuan masing-masing,” katanya semalam.

Untuk rekod, Pulau Pinang memenangi emas selepas menewaskan Selangor 3-2 pada aksi final berpasukan wanita dua tahun lalu di Sarawak.

Pada perlawanan pembukaan Kumpulan A kelmarin, PP memulakan kempen dengan langkah kaki kanan apabila menewaskan Sabah

3-2 namun aksi kedua di sebelah petang menyaksika­n mereka tunduk 2-3 kepada Kedah.

PP yang kini berada di kedudukan keempat di belakang Perak, Johor dan Kedah mempunyai peluang terakhir untuk meneruskan kemaraan dengan misi wajib menang ke atas Perak pada perlawanan Rabu ini.

 ??  ?? Reaksi pemain Pulau Pinang, Tan Zhing Yi selepas tewas kepada pemain Johor, Tan Min Er pada acara badminton berpasukan wanita di Arena Badminton, Ipoh, semalam.
Reaksi pemain Pulau Pinang, Tan Zhing Yi selepas tewas kepada pemain Johor, Tan Min Er pada acara badminton berpasukan wanita di Arena Badminton, Ipoh, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia