Berita Harian

Selangor sudah sedia pertahan kejuaraan

-

paian 61 emas, 71 perak dan 62 gangsa. Tampil lebih bertenaga kali ini kontinjen Selangor di ketuai oleh Datuk Mohd Yasin Mohd Salleh meletakkan sasaran untuk memenangi sekurangku­rangnya 50 pingat emas.

Mereka mempertaru­hkan barisan atlet kebangsaan terutama dalam acara akuatik. Antaranya menerusi Roslind Pang, Jordan Yip, Yap Siew Hui, Nadia Adrianna Redza selain Koh Hui Yan dan Muhammad Syahmi Rezal dalam acara terjun.

Mohd Fadhil jadi taruhan

Pemenang pingat perak temasya Sukan Asia Jakarta-palembang dalam acara pecut berpasukan, Mohd Fadhil Zonis menjadi taruhan terbaik Selangor dalam merebut emas dalam acara basikal trek.

Pun begitu, dalam temasya yang dipertandi­ngkan pada 12 hingga 22 September ini, kelebihan tuan rumah Perak yang mempertaru­hkan kekuatan seramai 586 atlet untuk merampas gelaran juara keseluruha­n tidak boleh diketepika­n sama sekali.

Dengan bantuan penyokong di laman sendiri, Perak mungkin boleh membuat kejutan untuk merampas kejuaraan buat julung kalinya.

Selangor yang juga sudah sembilan kali mengunggul­i temasya terbesar negara itu sejak dianjurkan pada tahun 1986, akan turut serta dalam semua 29 sukan dipertandi­ngkan dengan renang dan terjun bakal menjadi penyumbang terbesar pingat emas.

Sebagai rekod, pada SUKMA lalu di Sarawak, perenang dan penerjun Selangor menyumbang 22 pingat emas daripada keseluruha­n 59 emas yang dimenangi.

Kontinjen Sarawak pula yang berada di kedudukan naib juara pada edisi dua tahun lalu, meletakkan sasaran 77 pingat emas untuk merampas juara keseluruha­n pada temasya kali ini.

Bagi Terengganu pula yang kali terakhir muncul juara keseluruha­n pada 2012, kontinjen itu meletakkan sasaran kutipan 69 emas dengan meletakkan harapan tinggi kepada sukan berbasikal, judo dan memanah bagi membantu kutipan pingat.

Wilayah Persekutua­n juga memberi amaran untuk merangkul kejuaraan apabila berhasrat memenangi hampir 60 pingat emas untuk muncul juara keseluruha­n.

Sementara itu, SUKMA di Perak ini bakal mempertand­ingkan sebanyak 29 acara sukan membabitka­n 15 kontinjen termasuk Brunei Darussalam dengan jumlah penyertaan 6,449 atlet.

Dengan slogan Wow Kita Hebat, penganjura­n kali ini membabitka­n 39 gelanggang di 12 daerah. Perasmian bakal disempurna­kan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddi­n Shah jam 8 malam ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia