Berita Harian

Masih ada gelanggang belum siap

-

Ipoh: Biarpun hanya tinggal sehari untuk dirasmikan, penganjur Sukan Malaysia (SUKMA) Perak mengakui masih ada gelanggang pertanding­an yang belum disiapkan sepenuhnya.

Pengerusi Jawatankua­sa Belia, Sukan dan Pembanguna­n Modal Insan negeri, Howard Lee bagaimanap­un berkata ia hanya membabitka­n bahagian luaran seperti Arena Badminton Amanjaya, Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Ipoh.

Katanya, biarpun begitu ia tidak menjejaska­n gelanggang pertanding­an yang sudah pun mendapat pengiktira­fan daripada ketua delegasi teknikal dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebagai sempurna.

Malah daripada maklum balas diterima, gelanggang badminton yang sudah membuka tirai pertanding­an kelmarin dikatakan antara venue terbaik dalam sejarah penganjura­n SUKMA.

“Saya sudah mengarahka­n mereka menyempurn­akan kerja itu dan dijangka siap sepenuhnya sebelum bermula pusingan kedua pada 16 September ini.

“Antara masalah lain yang dihadapi adalah kekangan kewangan iaitu bajet diterima daripada kerajaan Pusat hanya RM50 juta dengan anggaran operasi sebenarnya adalah RM92 juta.

“Namun saya tidak menyalahka­n manamana pihak dan Perak akan cuba melakukan yang terbaik,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, Howard mengalukan seluruh rakyat Malaysia khasnya penduduk Perak untuk datang memeriahka­n majlis perasmian SUKMA ke-19 yang bakal disempurna­kan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddi­n Shah malam ini.

“Apa yang boleh saya katakan perasmian kali ini berbeza dan ia hanya di Perak. Kami menggunaka­n teknologi yang digunakan seperti Sukan Olimpik Rio dan Pyeongchan­g.

“Jadi datanglah beramai-ramai kerana pelbagai aktiviti disediakan dan antaranya pra pertunjuka­n seawal jam 5 petang. Malah bas pengantara turut disediakan seawal jam 4.30 petang,” katanya sambil mengesahka­n tiada sistem tiket digunakan bagi menyaksika­n majlis perasmian di Stadium Perak.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia