Berita Harian

Tiada belas kasihan atlet gagal doping

-

Ipoh: Tidak ada belas kasihan terhadap atlet yang didapati positif menggunaka­n bahan terlarang biarpun diuji sebelum berlangsun­gnya Sukan Malaysia (SUKMA) Perak edisi ke-19.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata demikian ketika mengulas mengenai kes seorang atlet angkat berat positif doping kelmarin, dua hari sebelum pembukaan temasya.

“Saringan lebih awal yang dilakukan oleh Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) menerusi kerjasama Agensi Antidopong Malaysia (ADAMAS) adalah satu petanda positif buat sukan itu.

“Sudah tentulah atlet terbabit tidak bertanding di SUKMA walaupun ujian terbabit dilakukan sebelum SUKMA. Keputusan ujian itu masih dianggap ujian rasmi dan tertakluk di bawah peraturan Agensi Anti Doping Dunia (WADA,)” katanya di Pusat Media Utama SUKMA Perak di sini, semalam.

Hanya lulus doping dibenar menyertai

Kelmarin, Presiden PABM membuat pendedahan seorang atletnya positif menjelang SUKMA Perak.

Seramai 165 atlet angkat berat yang menyertai temasya itu menjalani ujian doping dan hanya yang lulus dibenar menyertai temasya.

Ahmad Shapawi yang enggan mendedahka­n butiran atlet terbabit dengan berkata ia bergantung kepada badan induk angkat berat untuk mengadakan siasatan terdahulu sebelum hukuman dijatuhkan.

“Menjadi harapan saya pada setiap kali dalam apa juga kejohanan supaya tidak ada kes sebegini berlaku yang mana bagi saya ia adalah penipuan dalam sukan.

“Kebanyakan kes adalah tak sengaja tanpa sedar kerana tak semak apa yang diambil. Ia nampak seperti atlet itu teraniaya tetapi sebenarnya adalah kecuaian atlet itu sendiri,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Belia dan Sukan Perak, Howard Lee berkata kontinjen Perak juga mengambil inisiatif dengan mengadakan ujian doping secara rawak terhadap atlet mereka yang disenarai pendekkan pada peringkat awal pemilihan.

“Menerusi 100 ujian rawak yang dilakukan, kami kenal pasti ada atlet yang positif doping dan tidak disenaraik­an bagi mewakili negeri Perak.

“Saya hanya boleh katakan sekurang-kurangnya seorang yang didapati positif doping namun keputusan didapati itu tidak boleh dianggap rasmi kerana kami menghantar­nya ke makmal yang tidak diiktiraf WADA,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia