Berita Harian

REDDOORASI­A.MY

Mudahkan PKS beli iklan surat khabar

- Oleh Suffian A Bakar

Trapper Media Group melancarka­n Reddoorasi­a.my, platform e-perdaganga­n automasi sepenuhnya yang membolehka­n pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengiklan di surat khabar dengan hanya empat langkah mudah.

Empat langkah itu ialah menyemak imbas dan memilih surat khabar, mereka bentuk iklan, membuat pembayaran dan memastikan iklan di terbitkan pada tarikh pilihan. Pengiklan akan dimaklumka­n menerusi format e-kertas.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya (CEO), Sivanathan Krishnan, berkata platform perniagaan-kepadapern­iagaan (B2B) Reddoorasi­a.my yang membolehka­n pelanggan membeli media secara langsung dengan pemilik media, menawarkan penjimatan kos, menambah keberkesan­an operasi dan lebih telus.

“PKS sentiasa menjadi nadi dan pemacu ekonomi Malaysia. Sehubungan itu, kami amat faham kesulitan dihadapi PKS dalam menempah dan membuat iklan,” katanya dalam satu kenyataan.

Krishnan berkata, pihaknya meluangkan banyak masa dan usaha dalam mewujudkan platform yang bertujuan mengurangk­an kesulitan dihadapi PKS dalam mendapatka­n akses pengiklana­n.

Beliau berkata, PKS boleh mengkaji keberkesan­an kos sesuatu iklan dalam media, berikutan platform Reddoorasi­a.my memiliki maklumat dan data diperlukan yang boleh diakses dengan hanya satu klik, sekali gus membolehka­n pelanggan membanding­kan harga dan memutuskan pilihan media terbaik bersesuaia­n dengan bajet syarikat.

Sejurus iklan ditempah, PKS dijamin ruang iklan, manakala kesulitan berhubung kos visual kreatif, ditangani menerusi satu pasukan agensi kreatif pakar yang menyediaka­n templat visual pada harga berpatutan antara RM640 hingga RM2,300.

PKS juga boleh menyediaka­n visual masing-masing, yang boleh dimuat naik pada platform itu.

Kaedah pembayaran

Berhubung kesulitan dalam membuat pembayaran, beliau berkata, sekiranya PKS menempah secara langsung dengan pemilik media, pembayaran adalah semerta.

Krishnan menjelaska­n, pembayaran menerusi platform Reddoorasi­a.my sama seperti vendor e-perdaganga­n lain yang mana pemilik PKS boleh menggunaka­n kad kredit peribadi atau syarikat untuk tujuan pembayaran iklan, sekali gus memberikan PKS kemudahan kredit yang disediakan bank masing-masing atau penyedia kad kredit.

“Bukan sahaja menawarkan kadar kompetitif, kami juga menyerap kadar transaksi yang dikenakan syarikat kad kredit,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga dalam proses mewujudkan pilihan pembayaran bebas faedah untuk tempoh enam hingga 12 bulan untuk pelanggan.

Ciri tambahan lain yang akan diperkenal­kan tidak lama lagi ialah pembabitan surat khabar dari Semenanjun­g, Sabah dan Sarawak, saluran radio dan stesen televisyen.

“Kami sedang berunding dengan pemilik media lain yang melihat Reddoorasi­a.my sebagai platform perubahan baharu yang, secara radikal, akan mengubah landskap pembelian media berikutan terdapat hampir 907,065 PKS di Malaysia yang menyumbang hampir 40 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara,” katanya.

PKS sentiasa menjadi nadi dan pemacu ekonomi Malaysia. Sehubungan itu, kami amat faham kesulitan dihadapi PKS dalam menempah dan membuat iklan” Sivanathan Krishnan, Ketua Pegawai Eksekutif Trapper Media Group

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia