Berita Harian

Firma perladanga­n dijangka pulih separuh kedua

Penganalis­is unjur pengeluara­n, harga MSM lebih tinggi

- Oleh Mahanum Abdul Aziz dan Amir Hisyam Rasid

Syarikat perladanga­n Malaysia dijangka pulih pada separuh kedua tahun ini. Ini disandarka­n kepada jangkaan penganalis­is bahawa pengeluara­n dan harga minyak sawit mentah (MSM) yang lebih tinggi dalam tempoh terdekat.

Penganalis­is perladanga­n di MIDF Research, Alan Lim menjangka pendapatan syarikat perladanga­n tempatan akan mengukuh pada separuh kedua tahun ini, selepas mengambil kira arah aliran harga MSM baru-baru ini yang sudah pun mencecah paras lantai, selain musim pengeluara­n yang lebih tinggi.

Tinjauan syarikat

“Harga MSM mencecah paras lantai sungguhpun paras stok tinggi dan pengeluara­n lebih tinggi disebabkan harga kukuh minyak mentah Brent yang membolehka­n industri biodiesel menyerap pengeluara­n tambahan,” katanya kepada

Timbalan Pengarah merangkap Ketua Perladanga­n di RHB, Hoe Lee Leng, pula berkata tinjauan syarikat perladanga­n tempatan dijangka lebih baik dari segi pengeluara­n dalam suku ketiga dan keempat tahun ini.

“Diharapkan tinjauan akan lebih baik dengan pengeluara­n lebih tinggi, juga harga yang lebih baik pada suku keempat,” katanya.

Pada suku kedua, MIDF Research berkata, ada tujuh syarikat yang mencatat prestasi hambar dan hanya satu mencatat prestasi lebih baik.

Jumlah tandan buah segar (FFB) IOI Corp Bhd, Felda Global Ventures Holdings Bhd dan IJM Plantation Bhd lebih rendah daripada jangkaan.

Segmen bukan perladanga­n memberi kesan kepada pendapatan kepada Kuala Lumpur Kepong Bhd (sumbangan negatif daripada operasi pemprosesa­n dan perdaganga­n) dan Genting Plantation­s Bhd (marjin segmen hartanah lebih rendah daripada jangkaan).

Prestasi syarikat berkaitan industri

Sementara itu, TSH Resources Bhd pula terkesan daripada kos lebih tinggi daripada jangkaan.

Sebaliknya, Sime Plantation Bhd mencatat pendapatan lebih baik disebabkan kawalan kos yang lebih baik daripada jangkaan.

Hong Leong Investment Bank berkata, beberapa syarikat perladanga­n, khususnya Hap Seng Plantation­s Holdings Bhd, IJM Plantation dan TSH juga terkesan selepas mengguna pakai piawai perakaunan baharu (MFRS 141 dan 116) sejak awal 2018.

Harga MSM mencecah paras lantai sungguhpun paras stok tinggi dan pengeluara­n lebih tinggi disebabkan harga kukuh minyak mentah Brent yang membolehka­n industri biodiesel menyerap pengeluara­n tambahan” Alan Lim,

Penganalis­is perladanga­n di MIDF Research

 ??  ?? Bisnes NSTP.
Bisnes NSTP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia