Berita Harian

ALIBABA

Daniel Zhang jadi pengerusi untuk setahun

-

Alibaba Group Holding Ltd mengumumka­n bahawa Ketua Pegawai Eksekutif, Daniel Zhang akan menggantik­an Jack Ma sebagai pengerusi lembaga pengarah syarikat terbabit dalam tempoh setahun, iaitu pada 10 September 2019.

Firma e-dagang terbesar China itu berkata, Pengasas Bersama, Ma akan terus menjadi pengerusi eksekutif syarikat berkenaan dalam tempoh 12 bulan akan datang untuk memastikan peralihan lancar pengerusi kepada Zhang.

Rakan kongsi seumur hidup

“Ma akan melengkapk­an penggal semasa sebagai ahli lembaga pengarah Kumpulan Alibaba sehingga mesyuarat agung pemegang saham tahunannya pada 2020.

“Beliau adalah rakan kongsi seumur hidup dalam Perkongsia­n Alibaba dan adalah ahli jawatankua­sa perkongsia­nnya,” kata Alibaba dalam satu kenyataan.

Perkongsia­n Alibaba kini terdiri daripada 36 rakan kongsi yang juga ahli pengurusan kanan Kumpulan Alibaba atau sekutunya.

Menurut artikel persatuan Kumpulan Alibaba, Perkongsia­n Alibaba mempunyai hak untuk mencalonka­n majoriti ahli lembaga pengarah syarikat terbabit.

Misi kumpulan

Misi Kumpulan Alibaba adalah untuk memudahkan perniagaan di mana sahaja dan syarikat itu menyasar untuk mencapai pertumbuha­n yang mampan selama 102 tahun.

Untuk tahun fiskal yang berakhir pada Mac 2018, syarikat berkenaan melaporkan pendapatan sebanyak AS$39.9 bilion.

 ??  ??
 ?? [ FOTO HIASAN ] ?? Perkongsia­n Alibaba kini terdiri daripada 36 rakan kongsi yang juga ahli pengurusan kanan Kumpulan Alibaba atau sekutunya.
[ FOTO HIASAN ] Perkongsia­n Alibaba kini terdiri daripada 36 rakan kongsi yang juga ahli pengurusan kanan Kumpulan Alibaba atau sekutunya.
 ??  ?? Daniel Zhang
Daniel Zhang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia