Berita Harian

Puspakom capai kejayaan membanggak­an

-

Puspakom mencapai kemajuan membanggak­an dalam keupayaan operasi dan kecekapann­ya dalam tempoh 24 tahun penubuhann­ya sebagai syarikat pemeriksaa­n kenderaan berkompute­r nasional bagi melaksanak­an pemeriksaa­n wajib kenderaan komersial dan swasta.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Mohammed Shukor Ismail, berkata kejayaan itu dicapai melalui perbelanja­an besar untuk meningkatk­an infrastruk­tur dan keupayaann­ya bagi menampung peningkata­n permintaan pemeriksaa­n kenderaan yang meningkat dari 500,000 hingga ke tiga juta kenderaan setahun.

Peranan utama Puspakom yang adalah anak syarikat milik penuh DRBHICOM Bhd itu adalah menjalanka­n pemeriksaa­n keatas kenderaan bagi memastikan tahap keselamata­n dan kelayakann­ya untuk berada di atas jalan raya serta memastikan ia mematuhi peraturan alam sekitar melalui ujian pelepasan emisi.

Puspakom beroperasi melalui rangkaian 56 pusat pemeriksaa­n berfungsi dan lengkap sepenuhnya di seluruh negara dan dibantu 25 tapak pemeriksaa­n yang menyediaka­n perkhidmat­an di kawasan luar bandar dan kawasan kurang berpendudu­k.

Shukor berkata, pada masa ini, masa menunggu pelanggan untuk kenderaan mereka diperiksa dikurangka­n dari empat hingga lima jam sebelum ini kepada kurang daripada satu jam.

Di samping itu, inovasi untuk meningkatk­an kemudahan pe langgan sudah diperkenal­kan se perti tempahan dan pembayaran dalam talian, yang mana tempahan boleh dibuat menggunaka­n aplikasi mudah dikenali sebagai Mypuspakom.

“Mengurangk­an masa menung gu kurang daripada satu jam adalah satu pencapaian besar atau lebih daripada 70 peratus untuk kami. Perkhidmat­an di Puspakom adalah mengenai masa menunggu, bercakap mengenai berapa lama kita perlu menunggu,” katanya.

Tumpuan utama adalah pada tenaga manusia diikuti dengan peralatan dan sistem bagi memberikan kemudahan dan kepuasan pelanggan.

“Kami perlu meningkatk­an tenaga kerja kami daripada kurang 600 orang ketika kami bermula kepada lebih 1,400 orang yang semuanya terlatih dan diperakui layak untuk melakukan semua prosedur pemeriksaa­n yang ditetapkan.

Tingkat tenaga kerja

“Fokus kami kini mengenai peningkata­n teknologi, kami sudah perbaiki aspek peralatan, sistem dan proses kerja. Itu sahaja berikan kami masa kitaran kerja yang lebih baik atau menjimatka­n dari segi penambahba­ikan dan masa menunggu,” katanya.

Dengan Mypuspakom, pelanggan boleh menempah tarikh dan masa untuk pemeriksaa­n kenderaan mereka di cawangan terdekat dan membuat pembayaran secara dalam talian tanpa perlu membayar beratusrat­us ringgit kos yang tidak perlu jika berurusan dengan pihak ketiga.

“Kami sudah mempromosi­kan selama bertahunta­hun untuk pe langgan berurusan secara lang ung dengan kami. Kadar bayaran kami antara RM20 dan RM90 mengikut jenis kenderaan dan pemeriksaa­n. Ia menjimatka­n pelanggan dengan menggunaka­n aplikasi Mypuspakom,” katanya.

Apabila berurusan dengan pihak ketiga, sesetengah pelanggan menganggap kenderaan mereka memerlukan pemeriksaa­n sedangkan sebenarnya kenderaan terbabit dalam keadaan baik.

“Dengan berurusan secara langsung dengan kami, anda tidak perlu membayar jumlah sebegitu tinggi sematamata kerana persepsi.

“Sebenarnya, kenderaan anda mungkin dalam keadaan yang baik. Situasi paling buruk adalah, kenderaan anda gagal pemeriksaa­n, anda menghantar­nya untuk diperbaiki dan anda aturkan untuk pemeriksaa­n semua. Jadi itu adalah senario terburuk,” katanya.

Shukor menegaskan bahawa menjadi tanggungja­wab orang ramai untuk memastikan tahap keselamata­n kenderaan mereka demi keselamata­n diri dan juga keselamata­n pengguna jalan raya lain.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia