Berita Harian

Syarikat tempatan ambil serius ancaman siber

578 serangan virus dikesan separuh pertama 2018 di Malaysia

- Oleh Alzahrin Alias

Semakin banyak syarikat di Malaysia mula menjadikan isu keselamata­n siber sesuatu yang serius kerana ia boleh mencetuska­n kerugian besar kepada sesebuah perniagaan, kata Naib Presiden Trend Micro Asia Pacific, Timur Tengah dan Afrika, Dhanya Thakkar.

Beliau berkata, ancaman terbesar dunia siber pada masa ini adalah kompromi e-mel perniagaan dan pelanggara­n data disebabkan oleh kelemahan dalam sistem seperti macro malware.

“Sebanyak 75.9 peratus macro malware dikesan di Asia dan ada antaranya sudah bijak dan mampu mengatasi perisian yang ada kini. Dalam 293,000 serangan virus macro malware, sebanyak 222,000 dikesan di Asia. Ia mampu untuk menguasai bahasa pengaturca­raan untuk Microsoft Office untuk menyebarka­n virusnya.

“Bagi Malaysia pula, sebanyak 578 serangan virus ini dikesan pada separuh pertama 2018, mewakili 11.2 peratus serangan di Asia Tenggara,” katanya dalam satu temu bual di Kuala Lumpur, barubaru ini.

Syarikat tak sedar bahaya serangan

Thakkar berkata, kebanyakan syarikat tidak menyedari bahaya serangan terhadap sistem pengkomput­eran mereka kerana beranggapa­n serangan siber ini tidak terlalu membahayak­an syarikat.

Beliau berkata, penggodam kini lebih mahir dan dapat memanipula­sikan aplikasi sedia ada seperti Microsoft Office dan menjadikan serangan menerusi e-mel itu kelihatan seperti e-mel sebenar.

“Sebagai contoh, seorang pengarah syarikat mengarahka­n ketua jabatan akaun memindahka­n sejumlah wang kepadanya kerana ketika itu dia sedang menghadiri persidanga­n kerja di luar negara.

“Sudah tentu, jika secara psikologin­ya kita tidak akan menyoal kembali pengarah terbabit dan akan mengikut arahannya. Namun, apa yang tidak diketahui adalah ia e-mel palsu.

“Lantaran itu, kesedaran amat penting dan setiap pekerja di sesebuah organisasi perlu tahu cara menangani perkara ini,” katanya.

Thakkar berkata, sebanyak 299 juta serangan malware dikesan di Asia, mewakili 37.8 peratus serangan global.

Beliau berkata, Asia juga mencatat 51.4 peratus serangan malware perbankan dengan 88,000 serangan malware perbankan di Asia berjaya disekat dan dilencongk­an pasa separuh pertama 2018.

Malaysia kedudukan ketiga

Bagi Asia Tenggara, Malaysia berada di kedudukan ketiga serangan malware perbankan dengan mencatatka­n 11.4 peratus atau 3,205 serangan.

Thakkar berkata, syarikat di negara ASEAN mengambil purata selama 184 hari sebelum dapat mengesan pelanggara­n dalam sistem pengkomput­eran mereka berbanding standard global yang ditetapkan pada 99 hari.

Katanya, disebabkan pengesanan yang lambat itu, syarikat di rantau ini secara puratanya kehilangan AS$4 juta (RM16.6 juta) dalam tempoh berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia