Berita Harian

DNEX, APMEN lancar perkhidmat­an sehenti FTA

-

Dagang Nexchange Bhd (DNEX) dan Model E-port Network (APMEN) Asia Pasifik melancarka­n SMARTFTAX, perkhidmat­an sehenti Perjanjian Perdaganga­n (FTA).

Perkhidmat­an itu bertujuan membantu perniagaan mendapat manfaat daripada tarif keutamaan FTA secara lebih cekap, menyemak peraturan tempasal, keperluan dokumen, tarif keutamaan FTA serta mengira penjimatan tarif, kata DNEX dalam satu kenyataan.

Disasarkan untuk pengekspor­t dan pengimport, perkhidmat­an ini dijangka tersedia menjelang akhir tahun, secara langganan bulanan.

Pelancaran SMARTFTAX adalah susulan daripada memorandum persefaham­an (MOU) yang ditandatan­gani pada Mac tahun ini antara DNEX dengan Pusat Operasi APMEN bagi menyediaka­n perdaganga­n rentas sempadan yang cekap antara ASEAN dan China.

SMARTFTAX bantu PKS

SMARTFTAX dilancarka­n barubaru ini sempena pembukaan Dialog Awam-swasta Kerjasama Ekonomi Asia-pasifik (APEC) Ke-4 bagi memudahkan perdaganga­n dan hubungan rantaian pembekalan menerusi APMEN yang berlangsun­g di Xiamen, China.

Pengarah Eksekutif DNEX, Datuk Patrick Wong, berkata SMARTFTAX akan dapat membantu perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang tidak mempunyai kepakaran dalaman untuk mengurus pematuhan FTA, meraih penjimatan daripada duti keutamaan dan mendapatka­n sumber bahan yang lebih baik dari negara tempasal.

 ?? [ FOTO HIASAN ] ?? DNEX bekerjasam­a dengan APMEN melancarka­n SMARTFTAX akan dapat membantu perniagaan PKS yang tidak mempunyai kepakaran dalaman untuk mengurus pematuhan FTA.
[ FOTO HIASAN ] DNEX bekerjasam­a dengan APMEN melancarka­n SMARTFTAX akan dapat membantu perniagaan PKS yang tidak mempunyai kepakaran dalaman untuk mengurus pematuhan FTA.
 ??  ?? Patrick Wong
Patrick Wong

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia