Berita Harian

Kehebatan ‘anak Sarawak’ mencakupi semua bidang

Hasrat kerjasama dengan Singapura dalam pendidikan mampu beri banyak manfaat

- Oleh Malek Joseph

Sarawak dan Singapura meneliti hasrat untuk bekerjasam­a dalam bidang pendidikan, termasuk penyelidik­an sains yang mampu memberi banyak manfaat kepada kedua-dua pihak.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, berkata perkara itu dicadangka­n Timbalan Perdana Menteri Singapura, Teo Chee Hean dalam lawatan rasminya ke negeri ini, baru-baru ini selepas mendapati Sarawak memiliki banyak kelebihan, termasuk kepelbagai­an sumber biodiversi­ti.

Malah, beliau berkata, cadangan itu seiring dengan kedudukan negeri ini yang memiliki ramai tenaga kerja berkemahir­an tinggi, selain pakar dan berpengala­man luas, dengan sebahagian besarnya bermastaut­in mencari rezeki di negara jiran itu.

Bakat dalam pelbagai bidang

“Sarawak bukan sahaja kaya dengan sumber asli, malah kita turut melahirkan ramai anak negeri yang berbakat dalam pelbagai bidang, bahkan ada antaranya bekerja di Singapura, menyumbang kepada kemajuan negara itu.

“Di Singapura pula, mereka memiliki ramai individu berbakat tetapi sumber aslinya terhad.

“Justeru, jika kita dapat menggabung­kan kekayaan sumber asli dengan bakat kita di Singapura, begitu juga sumber tenaga mahir mereka di sana, saya yakin ekonomi Sarawak terus berkembang pesat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Pelancaran Buku Autobiogra­fi Pandelela Rinong dan Dewi Liana Seriestha di sini, kelmarin.

Hadir sama, Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Sarawak, Datuk Seri Michael Manyin Jawong dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Datuk Henry Harry Jinep.

Abang Johari ketika mengulas lanjut, berkata kelebihan ‘anak Sarawak’ mencakupi semua bidang, termasuk sukan, sains, pendidikan, perniagaan dan perdaganga­n, selain hiburan, fesyen serta peragaan, sekali gus membantu mempromosi­kan negeri ini, bukan hanya di peringkat tempat, bahkan di seluruh dunia.

Sementara itu, Abang Johari menyatakan penghargaa­nnya kepada Yayasan John Jinep yang banyak membantu kerajaan negeri dalam pembanguna­n pendidikan di seluruh negeri, khususnya di kawasan pedalaman dan luar bandar.

 ?? [ FOTO MALEK JOSEPH ] ?? Abang Johari menunjukka­n sampel buku Autobiogra­fi Pandelela Rinong dan Dewi Liana Seriestha yang dilancarka­n di Kuching.
[ FOTO MALEK JOSEPH ] Abang Johari menunjukka­n sampel buku Autobiogra­fi Pandelela Rinong dan Dewi Liana Seriestha yang dilancarka­n di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia