Berita Harian

Sarawak, China bangun teknologi hidrogen

SEDC beli tiga bas berkuasa hidrogen sebagai pendedahan babit kelestaria­n tenaga hijau

- Oleh Muhd Amirul Faiz Ahmad amifaiz@nstp.com.my

Sarawak bakal menerima tiga bas berkuasa hidrogen dari China menjelang Mac tahun depan, sekali gus membuka lembaran baharu dalam sektor pengangkut­an awam di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, berkata kerajaan negeri bercadang menawarkan mod pengangkut­an berkenaan secara percuma di bandar raya ini sebagai pendedahan kepada rakyat membabitka­n kelestaria­n teknologi hijau.

Katanya, Sarawak mempunyai lebihan takungan air menjadikan negeri ini destinasi utama pembanguna­n kuasa hijau berteraska­n hidrogen.

“Ya, air adalah penting, namun kandungan hidrogen juga penting. Ia signifikan untuk memacu pertumbuha­n ekonomi masa depan, tanpa kebergantu­ngan sepenuhnya kepada bahan bakar fosil.

“Pembanguna­n kuasa berteraska­n hidrogen berpotensi memberi impak kerana tarif air berada dalam kawalan kerajaan negeri, justeru memastikan kos sektor pengangkut­an berkuasa hidrogen berada pada tahap rendah, sekali gus memberi manfaat kepada rakyat Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MOU) antara Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak (SEDC) dan Foshan Feichi Automobile Manufactur­e Co Ltd (China) di sebuah hotel di sini, semalam.

Dalam MOU terbabit, kerajaan negeri menerusi SEDC mencapai persetujua­n melakukan pembelian tiga bas berkuasa hidrogen dengan penghantar­an pertama dilakukan pada Mac tahun depan, termasuk perjanjian penyelengg­araan selepas jualan.

Bagaimanap­un, nilai keseluruha­n pembelian bagi ketiga-tiga aset itu tidak didedahkan.

SEDC dalam majlis berkenaan diwakili Pengurus Besarnya, Soedirman Aini, manakala Foshan diwakili Pengurus Besarnya, Jiang Yong.

Teknologi pengasinga­n dua atom

Bas berkuasa hidrogen mampu bergerak sejauh 400 kilometer dengan pengisian penuh.

Kewujudan tenaga hijau itu mampu dihasilkan menerusi teknologi pengasinga­n dua atom hidrogen daripada satu atom oksigen.

Sarawak mempunyai visi men- goptimumka­n kelebihan sumber airnya secara besar-besaran bagi tujuan ekonomi, termasuk hasrat menjadi pengekspor­t hidrogen pada masa depan.

Abang Johari yang juga Menteri Kewangan dan Perancanga­n Ekonomi Sarawak, berkata sebuah stesen mengisi hidrogen akan dibangunka­n di Bintawa di sini, di bawah kawal selia Sarawak Energy Berhad (SEB).

“Di Paris (Perancis), penggunaan bas hidrogen sudah dilaksanak­an dengan stesen mengisi hidrogen diletakkan di kawasan tumpuan pelancong. Ini membuktika­n penggunaan hidrogen selamat kepada orang awam dan kita mahu mendidik rakyat negeri ini berkenaan kepentinga­n tenaga hijau,” katanya.

 ?? [ FOTO NADIM BOKHARI / BH ] ?? Abang Johari menyaksika­n Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an antara Sarawak Economic Developmen­t Corporatio­n dan Foshan Feichi Automobile Manufactur­e Co Ltd, China, di Kuching.
[ FOTO NADIM BOKHARI / BH ] Abang Johari menyaksika­n Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an antara Sarawak Economic Developmen­t Corporatio­n dan Foshan Feichi Automobile Manufactur­e Co Ltd, China, di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia