Berita Harian

Konsep perladanga­n hutan giat dimajukan

-

Kuching: Komitmen Kerajaan Sarawak melaksanak­an konsep pembanguna­n ladang hutan tidak hanya mampu memulihara kelestaria­n alam semulajadi, bahkan turut menyumbang kepada usaha mengekalka­n pertumbuha­n mapan industri perkayuan negeri.

Justeru, Persatuan Kayu Sarawak (STA) melalui Jawatankua­sa Perladanga­n Hutan (FFC) ditubuhkan­nya komited kepada terhadap pelaksanaa­n inisiatif berkenaan melalui pembiayaan program penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) yang mampu mendokong usaha berkenaan.

Pengerusi FFC STA, Peter Ling Kwong Hung, berkata inisiatif yang berinovasi itu antara elemen penting dalam memastikan kelangsung­an industri perkayuan negeri ini tanpa mengetepik­an kepentinga­n alam semulajadi.

Menyokong inisiatif pembanguna­n ladang hutan

“Menerusi R&D yang dilaksanak­an, kita berharap dapat menghasilk­an tanaman spesies pokok hutan bernilai tinggi, cepat membesar untuk ditebang, seterusnya menghasilk­an pulangan lumayan kepada pemain industri, khususnya dalam kalangan ahli berdaftar STA.

“Pada masa yang sama, inisiatif ini mampu mengelakka­n kemusnahan hutan akibat aktiviti penerokaan bagi tujuan pembalakan, sekali gus memastikan kepelbagai­an sumber biodiversi­ti dan khazanah alam semulajadi sentiasa kekal terpulihar­a,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, kelmarin.

Kwong Hung turut menggesa pemain industri, khususnya syarikat pemegang konsesi pembalakan di negeri ini agar mengambil pendirian positif dengan menyokong inisiatif pembanguna­n ladang hutan di kawasan konsesi masing-masing.

Katanya, kerjasama berterusan antara pemain industri dengan kelompok saintis dari institusi penyelidik­an amat diperlukan bagi menggiatka­n R&D untuk mencapai sasaran sejuta hektar ladang hutan di negeri ini.

Sejak 2004, STA memperuntu­kkan RM6 juta bagi membiayai projek R&D, terutama bagi menyokong lapan projek penyelidik­an berkaitan pembanguna­n ladang hutan di Sarawak.

Pada 2015, persatuan itu men- yalurkan dana kepada Universiti Teknologi Swinburne (Kampus Sarawak) untuk projek R&D bertajuk ‘Pendekatan Ekosistem kepada Formulasi Biobaja Yang Mengandung­i Mikro Organisme Rizosferik Yang Meningkatk­an Pertumbuha­n Untuk Silvikultu­r bagi Neolamarck­ia cadamba dan Eucalyptus pellita’.

“Ia bertujuan mengenalpa­sti dan mengasingk­an mikroorgan­isma rizosferik yang berfaedah dari tanah yang kemudianny­a digunakan untuk merumuskan biobaja untuk Neolamarck­ia cadamba dan Eucalyptus pellita.

“Diharapkan biobaja yang dirumuskan dari kajian ini dapat meningkatk­an prestasi pertumbuha­n pelbagai spesies pokok yang terbabit dalam projek ladang hutan,” katanya.

Diharapkan biobaja yang dirumuskan dari kajian ini dapat meningkatk­an prestasi pertumbuha­n pelbagai spesies pokok yang terbabit dalam projek ladang hutan” Peter Ling Kwong Hung, Pengerusi FFC STA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia