Berita Harian

Penuntut OUM terbunuh kereta bertembung

-

Bintulu: Seorang penuntut wanita Universiti Terbuka Malaysia (OUM) maut selepas kereta Toyota Avanza dinaikinya bertembung dengan sebuah Perodua Myvi di Jalan Bintulu-miri di sini, kira-kira jam 6 petang, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Sarawak, Superinten­dan Alexson Naga Chabu ketika dihubungi berkata, Carine Chieng, 18, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan serius di kepala.

“Pemandu Perodua Myvi yang berusia 24 tahun, manakala pemandu Toyota Avanza yang juga ibu mangsa hanya cedera ringan seterusnya dibawa ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut,” katanya kepada NSTP.

Alexson berkata, siasatan awal mendapati kenderaan dinaiki mangsa dan ibunya, Aban Hanyek, 48, dalam perjalanan dari Bintulu ke Miri sebelum hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentang­an dan bertembung sebuah kenderaan lain yang sedang bergerak laju.

Beliau berkata, siasatan terperinci akan dijalankan bagi mengetahui punca sebenar yang menyebabka­n berlakunya insiden itu.

Katanya, pihak bomba mengambil masa hampir satu jam bagi mengeluark­an mangsa yang tersepit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia