Berita Harian

Lelaki tendang bomba direman

Siasatan awal dapati suspek bertindak kerana cemas

- Oleh Hazsyah Abdul Rahman

Lelaki yang menendang anggota bomba ketika operasi memadam kebakaran rumah setinggan di Kampung Gelam, Jalan Leila di sini, kelmarin, sudah direman selama empat hari.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin, berkata polis mendapat kebenaran reman terhadap suspek bermula kelmarin sehingga esok.

Suspek penduduk kampung

“Lelaki berusia 32 tahun itu adalah penduduk kampung berkenaan. Siasatan awal mendapati, suspek dipercayai bertindak agresif ke atas mangsa kerana terdesak dan cemas melihat rumah yang didiami keluargany­a dijilat api,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kelmarin, NSTP melaporkan seorang lelaki ditahan selepas menendang dan memukul anggota bomba yang sedang memadamkan kebakaran dalam kejadian kebakaran di kampung itu.

Dalam kejadian itu, anggota bomba berusia 30 tahun yang sedang memadamkan api tibatiba dipukul suspek.

Sejurus selepas penduduk kampung meleraikan perbuatan lelaki itu, anggota bomba terbabit dengan tenang menyambung tugas sehingga operasi memadam kebakaran tamat pada jam 4.32 pagi.

Siasatan awal mendapati, suspek dipercayai bertindak agresif ke atas mangsa kerana terdesak dan cemas melihat rumah yang didiami keluargany­a dijilat api” Mohd Azhar Hamin, Ketua Polis Daerah Sandakan

 ?? [FOTO HAZSHAH ABDUL RAHMAN/BH] ?? Anggota bomba memadamkan kebakaran rumah setinggan di Kampung Gelam, Jalan Leila, Sandakan, kelmarin. Dianggarka­n 35 buah rumah musnah dalam kebakaran berkenaan.
[FOTO HAZSHAH ABDUL RAHMAN/BH] Anggota bomba memadamkan kebakaran rumah setinggan di Kampung Gelam, Jalan Leila, Sandakan, kelmarin. Dianggarka­n 35 buah rumah musnah dalam kebakaran berkenaan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia