Berita Harian

Pemuda nyaris maut rempuh treler tersadai

-

Bintulu: Seorang lelaki bernasib baik terselamat dalam kemalangan apabila kenderaann­ya dipandunya merempuh sebuah treler ‘tersadai’ di Batu 5, Jalan Miri - Bintulu, jam 4 pagi semalam.

Difahamkan, Andrew Bindi, 32, yang dalam perjalanan dari Miri ke Bintulu, tidak menyedari kewujudan kenderaan berat itu sebelum kereta Perodua Kancil dipandunya merempuh treler berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu, Mohamad Meramit, berkata impak pelanggara­n yang kuat menyebabka­n kereta mangsa remuk teruk dan terperosok ke bawah treler berkenaan.

“Bagaimanap­un, mangsa bernasib baik kerana terselamat dan hanya mengalami cedera ringan, namun trauma akibat kejadian itu,” katanya ketika dihubungi NSTP, semalam.

Mohamad berkata, sejurus menerima maklumat mengenai kejadian itu, sepasukan anggota bersama sebuah jentera dari BBP Bintulu dikejarkan ke lokasi bagi mengeluark­an mangsa yang tersepit.

“Sejurus tiba di lokasi kejadian, mangsa didapati masih hidup dan tersepit di tempat duduk pemandu.

“Kami menggunaka­n ‘rescue tools’ (peralatan menyelamat) bagi mengeluark­an mangsa,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia