Berita Harian

Buaya disangka tunggul kayu

-

Miri: Kemunculan seekor buaya yang ‘berjemur’ di kawasan Pantai Batu 1, Kuala Baram di sini, menggempar­kan pengunjung lokasi perkelahan popular itu, petang Sabtu lalu.

Malah, ada pengunjung segera beredar ke kawasan selamat sejurus menyedari kehadiran reptilia yang panjangnya mencecah lima meter dan seberat 200 kilogram itu.

Dalam kejadian pada jam 4.30 petang itu, haiwan terbabit pada mulanya disangka kayu balak, namun hanya diketahui buaya spesies air masin apabila ia mula bergerak selepas terkena ombak.

‘Biawak besar’

Pengunjung, Senry John, 23, berkata beliau bersama keluargany­a baru sahaja tiba di pantai berkenaan untuk berkelah sempena hujung minggu dan cuti umum.

Katanya, ketika itu, mereka mengemaska­n barang sebelum terkejut mendengar jeritan anak saudaranya sambil berlari dalam keadaan ketakutan.

“Dia menjerit sambil memberitah­u ada biawak besar. Saya tidak sedap hati dan bergegas memeriksa keadaan sekitar sebelum menemui buaya berkenaan terdampar.

“Ingatkan tunggul kayu kerana ia langsung tidak bergerak. Bagaimanap­un, apabila dihampiri, barulah saya sedar ia seekor buaya” katanya kepada NSTP.

Reptilia agresif

Senry berkata, pada mulanya reptilia itu tidak begitu agresif, malah beliau sempat merakam gambarnya.

“Bagaimanap­un, semakin lama ia menjadi agresif, lebihlebih lagi melihat kehadiran orang ramai di sekeliling­nya.

“Ia seolah-olah cuba mempertaha­nkan kawasannya, lalu terus masuk ke laut,” katanya sambil memaklumka­n itu adalah kali pertama kemunculan buaya di pantai berkenaan.

 ?? [FOTO MOHD RIZAL ABDULLAH/BH] ?? Kehadiran buaya air masin di kawasan Pantai Batu 1, Kuala Baram, Miri, semalam.
[FOTO MOHD RIZAL ABDULLAH/BH] Kehadiran buaya air masin di kawasan Pantai Batu 1, Kuala Baram, Miri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia