Berita Harian

Remaja terselamat kereta dipandu hampir putus dua

-

Kota Belud: Seorang remaja lelaki bernasib baik apabila terselamat selepas kereta dipandunya hampir terbelah dua ketika merempuh tiang elektrik di Kilometer 2, Jalan Bypass Ranau, Kampung Pirasan di sini, semalam.

Dalam kejadian pada jam 9.30 pagi itu, mangsa, Shahrul Nizam Asri, 17, yang memandu kereta Proton Saga hanya cedera ringan dan dikeluarka­n orang awam sebelum dihantar ke Hospital Kota Belud.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Kota Belud, Rozain Osman, berkata sebaik menerima panggilan pada jam 9.38 pagi, seramai sembilan anggota bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba, orang awam mengatakan mangsa sudah dihantar ke hospital, manakala kenderaan mangsa didapati masih lagi melekat pada tiang elektrik.

Mangsa tak alami kecederaan serius

“Pasukan bomba memeriksa kenderaan bagi memastikan tiada kerosakan yang membahayak­an.

“Punca kejadian masih dalam siasatan, manakala pihaknya menamatkan operasi pada jam 9.55 pagi,” katanya kepada NSTP, semalam.

Sementara itu, jurucakap Hospital Kota Belud ketika dihubungi, berkata mangsa tidak mengalami kecederaan serius dan dibenarkan pulang ke rumah selepas menerima rawatan.

 ?? [FOTO RECQUEAL RAIMI/BH] ?? Anggota Bomba dan Penyelamat Daerah Kota Belud memeriksa kenderaan yang merempuh tiang elektrik dalam nahas di Kilometer 2, Jalan Bypass Ranau, Kota Belud, semalam.
[FOTO RECQUEAL RAIMI/BH] Anggota Bomba dan Penyelamat Daerah Kota Belud memeriksa kenderaan yang merempuh tiang elektrik dalam nahas di Kilometer 2, Jalan Bypass Ranau, Kota Belud, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia