Berita Harian

Kempen kibar Jalur Gemilang sempena Merdeka, Hari Malaysia

Pelbagai aktiviti dilakukan sekolah bagi memupuk semangat patriotik warganya

- Oleh Maria Uffa Zulkafeli

Penyelaras kempen, Puan Salina Abdul Advis, berkata program yang dirancang bagi menyemarak­kan sambutan berganda sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia itu mendapat kerjasama baik daripada semua pihak terutamany­a pelajar. ngan yang dianjurkan oleh Bidang Kemanusiaa­n dan Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG).

“Program mengibarka­n Jalur Gemilang ini akan berakhir pada 16 September dan bendera kemegahan negara Malaysia itu dipasang bermula dari pagar sekolah hingga dalam kelas masingmasi­ng.

“Kami yakin pendekatan ini mampu memupuk semangat cinta akan negara dan nilai patriotik yang tinggi dalam kalangan pelajar sekali gus seluruh warga sekolah dan ibu bapa,” katanya.

Puan Salina berkata, setiap hari nyanyian lagulagu patriotik juga dipasang dan dinyanyika­n bersamasam­a guru dan pelajar di tapak perhimpuna­n bagi menyemarak­kan sambutan berkenaan.

Katanya, inisiatif menterjema­hkan semangat cinta akan negara ini juga berupaya memupuk semangat perpaduan dalam kalan- gan pelajar pelbagai kaum yang terdapat di sekolah ini.

“Sekolah adalah medium terbaik untuk menjayakan aspirasi memupuk semangat perpaduan dan cinta akan negara, justeru kami memilih bulan kemerdekaa­n dan sambutan Hari Malaysia untuk dimeriahka­n dengan pelbagai acara bersifat patriotik,” katanya.

Antara aktiviti lain dijalankan sepanjang bulan ini, termasukla­h pertanding­an nyanyian lagu patriotik, pertanding­an melukis poster kemerdekaa­n, pertanding­an mencipta logo hari kebangsaan, pertanding­an meneka wajah tokoh, pertanding­an kelas patriotik dan kuiz spontan kemerdekaa­n.

 ??  ??
 ??  ?? Kempen kibar Jalur Gemilang selama sebulan memeriahka­n sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.
Kempen kibar Jalur Gemilang selama sebulan memeriahka­n sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia