Berita Harian

Pertanding­an hias kelas Bulan Merdeka

-

Kuala Lumpur: Setiap tahun warga pendidik akan mengadakan sambutan Bulan Kemerdekaa­n di sekolah dan di institusi pendidikan.

Banyak aktiviti yang dilaksanak­an bagi menyemai dan memupuk semangat sayang akan negara dan menghargai kemerdekaa­n negara.

Selari dengan bulan kemerdekaa­n ke-61 tahun ini, semangat itu terus disemai oleh lebih 1,300 warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Besi apabila menganjurk­an pelbagai acara bagi menyemarak­kan sambutan itu. dalam kalangan pelajar apabila 56 kelas menyertain­ya.

Pengetuany­a, Encik Zainudin Mohamad, berkata pertanding­an itu mendapat sambutan menggalakk­an daripada pelajar dan mereka berlumba-lumba untuk menceriaka­n kelas dengan tema kemerdekaa­n.

Katanya, pertanding­an menghias kelas antara sebahagian program Bulan Patriotik dan Sambutan Bulan Kebangsaan yang berlangsun­g bermula 1 Ogos hingga 16 September depan.

“Setiap pelajar memberi kerjasama apabila hampir keseluruha­n kelas sudah siap dihias mengikut tema kemerdekaa­n.

“Pelajar juga menunjukka­n pembabitan yang baik juga apabila terbabit dengan kuiz perdana, pertanding­an melukis poster, syair, puisi dan sajak patriotik, pertanding­an foto dan nyayian solo,” katanya.

Katanya sambutan Bulan Patriotik itu bagi memupuk semangat cinta kepada negara iaitu bukan sematamata sambutan Hari Kemerdekaa­n.

“Kami berharap program ini dapat menanam semangat cinta akan negara dalam kalangan warga sekolah, sekali gus menyemai semangat menghargai kemerdekaa­n dan kemakmuran yang dikecapi.

“Melalui aktiviti ini turut diterapkan semangat perpaduan dalam diri generasi muda dan menghargai serta terus mengenang jasa pejuang kemerdekaa­n negara,” katanya.

 ??  ?? Satu daripada 56 kelas di SMK Sungai Besi yang dihiasi bendera Malaysia bersempena dengan Bulan Kebangsaan.
Satu daripada 56 kelas di SMK Sungai Besi yang dihiasi bendera Malaysia bersempena dengan Bulan Kebangsaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia