Berita Harian

Seramai 240 pelajar sertai EEP

Program kecekapan tenaga pupuk minat pelajar terhadap STEM

- Oleh Basir Zahrom

l

Bagi memupuk penghargaa­n terhadap kecekapan dan penjimatan tenaga dalam kalangan generasi muda, Persatuan Gas Malaysia (MGA) dengan kerjasama Petrosains dan Kementeria­n Pendidikan menganjurk­an acara tahunan Program Kecekapan Tenaga (EEP) bagi tahun ke lima berturut-turut.

Program itu disertai 240 pelajar dari enam buah sekolah menengah yang menghadiri program selama dua hari di Petrosains Discovery Centre, baru-baru ini.

Pelajar diajar menggunaka­n mikro:bit iaitu alat pendidikan yang menjadikan koding lebih mudah dan diguna untuk reka cipta.

Inisiatif Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM) itu direka khusus menggunaka­n pendekatan pembelajar­an abad ke-21 untuk mengajar pelajar membuat koding bagi menghasilk­an projek yang praktikal dan cekap tenaga seperti jadual pintar, pengesan asap dan penyiram air automatik.

Presiden MGA, Encik Hazli Sham Kassim, berkata pihaknya menyedari betapa pentingnya untuk meningkatk­an kesedaran mengenai tenaga, bukan hanya buat pembuat dasar dan badan korporat, tetapi juga dalam kalangan pelajar kerana mereka adalah peneraju masa depan negara.

“Program ini menawarkan platform kepada kami untuk berinterak­si secara langsung dengan pelajar, memberi peluang untuk mereka belajar, membuka minda dan mencetus idea-idea baharu, khususnya berkaitan dengan tenaga yang merupakan komponen kritikal untuk kemajuan negara,” katanya.

Sepanjang penganjura­nnya, EEP telah disertai 4,000 pelajar dari 60 buah sekolah yang menjalanka­n pelbagai program, termasuk asas mekanisma menerbangk­an pesawat udara tanpa pemandu, demonstras­i sains, pendedahan mengenai sumber tenaga dan sistem bekalan elektrik di Malaysia serta perbincang­an mengenai amalan penjimatan tenaga.

Tahun ini menampilka­n sesi perkongsia­n yang disertai oleh ahli MGA sendiri seperti PETRONAS dan H Rosen. Mentor yang terbabit berkongsi pandangan mengenai kecekapan tenaga dan peranan penting gas asli dalam mewujudkan campuran tenaga mampan.

Mereka juga berkongsi pengalaman peribadi bagaimana pembelajar­an STEM boleh menggalakk­an inovasi dan pemikiran di luar kotak yang kelak akan membantu membentuk kerjaya yang berjaya.

Mengulas mengenai program itu, Guru ICT SMK Keramat Wangsa, Encik Mohd Fahmi, berkata, me-ngambil bahagian dalam EEP tahun ini merupakan pengalaman yang sangat bernilai untuk pelajarnya.

Katanya, program itu mendedahka­n pelajar kepada penggunaan koding bagi menghasilk­an penyelesai­an digital untuk situasi kehidupan sebenar.

 ??  ?? Presiden MGA, Encik Hazli Sham Kassim (empat dari kiri) dan Penolong Pengarah Bahagian Kokurikulu­m dan Kesenian, Kementeria­n Pendidikan, Puan Zalina Kamis (enam dari kanan) beramah mesra dengan peserta EEP.
Presiden MGA, Encik Hazli Sham Kassim (empat dari kiri) dan Penolong Pengarah Bahagian Kokurikulu­m dan Kesenian, Kementeria­n Pendidikan, Puan Zalina Kamis (enam dari kanan) beramah mesra dengan peserta EEP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia