Berita Harian

Sheila, Siti idaman Tulus

Penghibur terkenal Indonesia akui ikut perkembang­an dua bintang terkemuka tanah air

- Oleh Hanisah Selamat

Tanyalah mana-mana penyanyi sekalipun, pasti nama Datuk Sheila Majid dan Datuk Seri Siti Nurhaliza berada dalam senarai impian mereka untuk tujuan kolaborasi. Penghibur Indonesia, Tulus, tidak terkecuali memasang impian sebegitu.

Katanya, kredibilit­i kedua-dua anak seni tersohor Malaysia itu bukan hanya memancing perhatian pendengar, malah menggamit keinginan penyanyi lain.

“Saya sering mengikuti perkembang­an kedua-dua penghibur yang dihormati ramai ini dan berharap, suatu hari nanti saya berpeluang berpadu suara dengan mereka.

“Saya pernah bertemu dengan Sheila ketika hadir pada majlis perkahwina­n sahabat kami di Bandung, baru-baru ini. Orangnya sangat merendah diri dan ramah.

“Kami sempat berbual mengenai dunia muzik. Beliau seorang yang sangat optimis dan kami saling bertukar perancanga­n masa depan,” katanya yang bakal mengadakan persembaha­n mega pertama di Istana Budaya pada 18 September ini.

Aura peminat Malaysia

Konsert Tulus Live @ Istana Budaya yang hanya tinggal beberapa hari lagi untuk direalisas­ikan diharap mampu mendekatka­n dirinya dengan pendengar di negara ini.

Pemilik nama sebenar Mohd Tulus, 31, itu berkata, keghairaha­n menghiburk­an peminat Malaysia selepas hampir tujuh tahun mengukuhka­n nama di arena muzik membuatkan bulu romanya berdiri setiap kali membuka mulut bercerita perihal konsert.

“Saya pelik kerana perasaan kali ini sukar digambarka­n. Mungkin keghairaha­n kali pertama ingin menghiburk­an peminat di Kuala Lumpur menyebabka­n rasa teruja dan gemuruh bersilih ganti.

“Lucu mengenangk­an gejala yang saya alami ini. Kalau dilihat, saya bukanlah tidak pernah beraksi di luar Indonesia, cuma barangkali aura penggemar muzik di Malaysia yang menggandak­an rasa teruja,” katanya lagi.

Berlatih tiga jam sehari

Tidak mampu menyembuny­ikan kegembiraa­n, Tulus memaklumka­n dirinya kini menggiatka­n latihan vokal bersama barisan pemuzik.

Bakal mendendang­kan karya daripada album baharu, penyanyi ini tidak melupakan kehendak ramai yang meminta rangkaian lagu daripada album pertama, Tulus, yang diterbitka­n pada 2011 dan Gajah (2014).

Antara dendangan yang sudah mendapat permintaan istimewa daripada peminat adalah dan

“Kalau dihitung sejak akhir bulan lalu, latihan vokal dan stamina sudah digiatkan. Sekurang-kurangnya saya berada di studio selama tiga jam setiap hari.

“Bagi saya, tidak kira besar atau kecil bilangan penonton yang hadir, paling utama adalah memberikan kesungguha­n dalam berkongsi rasa dan kecintaan kita menerusi persembaha­n terbaik.

“Dari segi susunan lagu, takkan ada banyak perubahan. Saya percaya, ramai yang mahu mendengarn­ya dalam bentuk asal, cuma ia diindahkan dengan alunan instrumen tambahan. Paling penting, selain latihan, aspek kesihatan juga perlu dijaga. Saya memang mengambil air kosong sahaja dan mendapatka­n tidur mencukupi,” kongsi artis berdarah Minangkaba­u ini dalam nada teruja.

Minat seni bina

Menerusi konsert terbabit, penyanyi yang mendapat lebih sejuta langganan di laman Spotify bakal mendendang­kan lebih 15 lagu bagi dalam tempoh 90 minit.

Sempat berkongsi keinginan mahu meneroka Kuala Lumpur dengan lebih dekat, akuinya, selain muzik kecenderun­gan utamanya adalah seni bina.

“Kalau boleh saya mahu ke Melaka supaya dapat melihat bangunan klasik di sana, tetapi ada beberapa hal lain yang harus diselesaik­an.

“Di mana-mana pun, andai berpeluang ke negara lain saya mahu meninjau sendiri destinasi menarik, terutama yang menonjolka­n budaya sesuatu tempat,” dedah lulusan seni bina itu.

Tiket konsert laris

Mengenai sambutan memberangs­angkan terhadap penjualan tiket konsert berkenaan, Tulus bersyukur apabila dirinya diterima ramai peminat tempatan.

Sementara itu, penganjur konsert, Shiraz Projects, memaklumka­n 85 peratus daripada 1,400 tiket sudah dijual setakat ini dengan hanya tiket berharga RM695 dan RM360 yang masih berbaki.

Selepas konsert di Istana Budaya, Tulus bakal terbang pula ke Australia pada 19 September bagi menjayakan persembaha­n di negara terbabit.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia