Berita Harian

Belanja sakan untuk pilihan raya

Guan Eng dakwa peruntukan bantu kempen BN hadapi PRU-14

- Oleh Irwan Shafrizan Ismail

Kementeria­n Kewangan mendedahka­n Akaun Hasil Disatukan yang merosot kepada RM450 juta berbanding RM11.86 bilion pada 31 Disember 2017, adalah berikutan perbelanja­an berlebihan untuk tempoh antara Januari hingga April lalu.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata jelas ia adalah ‘perbelanja­an pilihan raya umum’ yang digunakan untuk cuba membantu Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihanray­a Umum Ke-14 (PRU-14).

“Datuk Seri Najib Razak masih enggan menjelaska­n sebab hanya ada RM450 juta dalam Akaun Hasil Disatukan yang ditinggalk­an kepada Kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 30 April 2018, iaitu penyusutan sebanyak 96 peratus atau RM11.41 bilion, berbanding dengan RM11.86 bilion pada 31 Disember 2017.

“Beliau juga nampaknya menghadapi kesukaran untuk membezakan antara Akaun Hasil Disatukan dan Kumpulan Wang Disatukan apabila mendakwa bahawa pada 31 Disember 2017, Kerajaan Persekutua­n mempunyai RM18.06 bilion untuk dibelanjak­an dan bukan sebanyak RM11.86 bilion seperti yang didedahkan oleh saya.

“Najib juga salah anggap bahawa jumlah di dalam Kumpulan Wang Disatukan boleh digunakan. Ketara sekali, beliau gagal dalam ujian perakaunan kerana keliru dengan perbezaan Kumpulan Wang Disatukan dan Akaun Hasil Disatukan.

“Mengikut undang-undang, kerajaan cuma boleh menggunaka­n Akaun Hasil Disatukan untuk perbelanja­an pengurusan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Guan Eng berkata, Najib harus menjelaska­n mengapa terdapat penyusutan sebanyak 96 peratus atau RM11.41 bilion dalam Akaun Hasil Disatukan pada 31 Disember 2017 sehingga 30 April 2018, dan hanya meninggalk­an RM450 juta kepada kerajaan baharu.

Katanya, Najib juga mendakwa bahawa beliau bukan lagi Menteri Kewangan apabila penyata kewangan bulanan untuk 30 April 2018 yang belum diaudit disediakan.

“Beliau juga mendakwa terkejut apabila mendapati Kerajaan BN cuma meninggalk­an RM450 juta di dalam Akaun Hasil Disatukan kepada kerajaan baharu. Ini sama sekali tidak benar,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia