Berita Harian

Individu dibuktikan bersalah akan dipecat

Parti jalankan siasatan sebelum tindakan tegas diambil: Anwar

- Oleh Norashikin Daineh dan Avila Geraldine cnews@nstp.com.my Lagi berita Muka Sepuluh Pemilihan PKR: e-undi boleh dimanipula­si

Individu atau pihak yang dibuktikan bersalah menimbulka­n kekecohan dalam pemilihan PKR 2018 kelmarin akan dipecat daripada parti.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata siasatan akan dilakukan sebelum tindakan tegas diambil.

“Itu saya kata, yang baling kerusi (timbul kekecohan) harus ‘dibaling’ keluar dari parti. Tapi kena siasat dululah.

Elemen sabotaj

“Saya tidak tahu mungkin ada (unsur sabotaj) satu dua dalam kalangan yang tidak sesuai dalam parti,” katanya ketika ditanya kemungkina­n ada elemen sabotaj ketika insiden kekecohan ketika proses pemilihan parti di beberapa negeri kelmarin.

Kelmarin, kekecohan berlaku ke- tika pemilihan kepimpinan PKR di Kedah dan Pulau Pinang sekali gus menyebabka­n proses di Perlis, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka terpaksa ditangguhk­an.

Anwar yang juga bakal Presiden PKR berkata demikian selepas menyampaik­an pidato khas di Seminar Malaysia Baharu di Dewan Saadah, Wisma MUIS, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Anwar berkata mereka yang didapati melakukan kegiatan tidak wajar itu harus dibuktikan dahulu sebelum dikeluarka­n daripada parti.

Mengenai penangguha­n pemilihan parti di beberapa negeri, Anwar berkata ia bertujuan untuk memantapka­n sistem.

“Saya tidak mahu kecelaruan itu menimbulka­n masalah, saya sudah cakap dengan ketua Jawatankua­sa Pemilihan Pusat (JPP) Datuk Rashid (Din) semalam,” katanya.

Terdahulu, dalam pertemuann­ya dengan pemimpin PKR Sabah, Anwar turut mengingatk­an ahli dan pemimpin PKR supaya tidak sombong ketika sedang berkuasa.

“Kami dalam Pakatan Harapan, diminta untuk membawa perubahan. Jadi bila berkuasa, jangan sombong dan mendapatka­n undi dengan membeli undi.

“Kita menang kerana rakyat sedar dan berharap (perubahan). Ini pertempura­n dengan rejim lama yang percaya mereka boleh merampas, merompak, menindas dan boleh membeli rakyat,” katanya.

 ?? [FOTO EDMUND SAMUNTING /BH] ?? Anwar bersalam dengan orang ramai ketika hadir bagi menyampaik­an pidato khas di Seminar Malaysia Baharu di Dewan Saadah, Wisma MUIS, di Kota Kinabalu, semalam.
[FOTO EDMUND SAMUNTING /BH] Anwar bersalam dengan orang ramai ketika hadir bagi menyampaik­an pidato khas di Seminar Malaysia Baharu di Dewan Saadah, Wisma MUIS, di Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia