Berita Harian

Ada pihak cuba cetus gangguan

Mulakan kekecohan, rusuhan ketika proses e-undi

- Oleh Mohd Anwar Patho Rohman wananwar@nstp.com.my

Jawatankua­sa Pemilihan Pusat (JPP) PKR mengesyaki ada pihak cuba mengganggu perjalanan pemilihan parti bermula kelmarin yang pertama kali menggunaka­n sistem undian elektronik (e-undi).

Pengerusin­ya, Datuk Rashid Din, berkata ada pihak yang mencetuska­n kekecohan dan rusuhan ketika proses undian berjalan bagi pemilihan di peringkat PKR Kedah.

“Sistem e-undi tidak ada masalah, yang ada mungkin kelewatan. Bagaimanap­un, yang menjadi punca masalah ini yang kita kesan ialah kesalahan manusia. Ada yang merusuh, buat kecoh. Ada yang tidak buat kerja termasuk petugas.

“Faktor lain yang menjadi punca masalah adalah internet yang lembab, isyarat internet lemah sehingga menyukarka­n sistem e-voting berjalan lancar kerana proses muat turun jadi lambat. Ini semua buat orang marah.

Pemilihan semula

“Sehubungan itu, kami membuat keputusan pemilihan semula perlu diselesaik­an dalam tempoh sebulan mulai hari ini (semalam) atau sebelum 4 November ini kerana peraturan menetapkan pemilihan perlu diselesaik­an sebelum tarikh itu,” katanya kepada NSTP, semalam.

Keputusan pemilihan PKR di Kedah dibatalkan selepas hanya enam daripada 15 cabang di negeri itu dapat melaksanak­an pengundian namun pemilihan di Pulau Pinang berjalan lancar.

Susulan itu, pemilihan di Perlis dan Perak yang sepatutnya diadakan semalam, terpaksa ditangguhk­an bagi membolehka­n JPP menyelesai­kan masalah pemilihan, termasuk pada sistem e-undi.

Bagaimanap­un, Rashid berkata, pemilihan di Johor tetap diteruskan pada 30 September ini.

Beliau berkata, JPP akan bermesyuar­at hari ini untuk mengkaji dan memperbetu­lkan kesilapan serta kelemahan yang berlaku dalam proses pemilihan semalam.

Pemilihan PKR bermula kelmarin yang mempertand­ingkan 76 jawatan di peringkat pusat dan 10,212 jawatan membabitka­n persaingan peringkat cabang seluruh Malaysia.

Seramai 800,000 anggota parti itu layak mengundi pada pemilihan kali ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia