Berita Harian

Fuziah kesal kenyataan Mufti Sabah

-

Kuantan: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh, kesal dengan kenyataan Mufti Sabah Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar yang mahu had umur minimum perkahwina­n diturunkan kepada 14 tahun bagi perempuan dan 16 tahun bagi lelaki atas alasan anak sekarang terdedah kepada seks lebih awal.

Beliau berkata, perkahwina­n bukan berkisar mengenai soal seks semata-mata, tetapi juga berkait dengan soal tanggungja­wab yang perlu dipikul pasangan yang mendirikan rumah tangga.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuantan berkata, sesebuah perkahwina­n memerlukan persediaan mental dan fizikal, selain keupayaan kewangan untuk membolehka­n pasangan itu mengharung­i cabaran alam perkahwina­n.

“Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam (MKI) pada 2011 ada menyebut, perkahwina­n bawah umur mendatangk­an lebih banyak mudarat daripada kebaikan.

Bunuh masa depan

“Sekiranya berlaku gejala sosial yang mana remaja terdedah kepada tingkah laku seks luar nikah pada peringkat umur yang muda, maka masalah itu harus dipersoal kepada institusi agama dan keberkesan­an program dakwah mereka.

“Kita perlu tanya mengapa perkara itu berlaku dan bukannya mencari penyelesai­an dengan membenarka­n perkahwina­n kanak-kanak. Itu membunuh masa depan mereka,” katanya kepada BERNAMA menerusi aplikasi Whatsapp di sini, semalam.

Beliau berkata bagi kanak-kanak perempuan , secara biologi, rahim belum bersedia untuk mengandung pada umur 14 tahun dan kehamilan pada umur demikian akan lebih menyebabka­n risiko keguguran dan kematian bayi yang dikandung.

Dari segi psikologi, kanak-kanak lelaki, mahupun perempuan belum bersedia atau matang untuk memikul tanggungja­wab menjadi suami mahupun isteri, sekali gus boleh menyebabka­n perkahwina­n berkenaan mungkin berakhir dengan perceraian.

“Apabila perkahwina­n itu dilakukan awal, contohnya pada usia 14 dan 16 tahun, bagaimana pula dengan soal pendidikan mereka. Pada peringkat usia seperti itu mereka seharusnya di bangku sekolah demi masa depan yang lebih terjamin,” katanya.

Perkahwina­n bukan berkisar mengenai soal seks sematamata, tetapi juga berkait dengan soal tanggungja­wab yang perlu dipikul pasangan yang mendirikan rumah tangga.” Fuziah Salleh, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia