Berita Harian

Usia 18 tahun sudah matang, sesuai kahwin

Had minimum perlu menyeluruh, tidak tertumpu kepada umat Islam

- Oleh Saadiah Ismail dan Esther Landau cnews@nstp.com.my

Cadangan menaikkan had usia minimum perkahwina­n kepada 18 tahun dianggap ‘selesa’ bagi individu yang ingin berkahwin kerana ia usia matang dan sudah tamat persekolah­an.

Profesor Undang-undang Wanita, Keluarga dan Kanak-kanak, Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Noor Aziah Awal, berkata secara tidak langsung ia dapat menjaga nama agama Islam daripada diperguna untuk menghalalk­an sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

Beliau berkata, akibat daripada beberapa kisah di Kelantan yang mana lelaki berusia berkahwin dengan kanak-kanak, ada dalam kalangan masyarakat mengatakan yang perkahwina­n kanak-kanak seperti itu menggalakk­an fedofilia.

“Benar, usia bukanlah syarat sah perkahwina­n dan amalan ini sudah berlaku sejak dahulu lagi, namun tidak bermakna Islam menggalakk­an perkahwina­n ini.

“Dari kajian saya, ramai pasangan kanak-kanak memohon untuk berkahwin kerana sudah terlanjur, namun perkahwina­n tidak dapat menyelesai­kan masalah perzinaan dan anak tak sah taraf kerana kadar perceraian dalam kalangan pasangan muda juga sangat tinggi,” katanya ketika dihubungi, NSTP, semalam.

Lindungi kanak-kanak

Dalam satu kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dilaporkan berkata beliau menyatakan hasrat kerajaan untuk menaikkan had umur minimum perkahwina­n kepada 18 tahun bagi melindungi kesihatan, keselamata­n dan hak kanak-kanak di negara ini.

Namun, beberapa mufti menganggap ia bertentang­an hukum syarak dan boleh membuka ruang kepada perzinaan dalam kalangan remaja.

Noor Aziah berkata, isu had minimum umur perkahwina­n itu juga perlu dilihat secara menyeluruh dan mesti membabitka­n kanak-kanak Islam dan bukan Islam.

“Jangan hanya disebabkan kisah itu, satu dasar perlu diubah. Dalam kajian saya untuk Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF), daripada 2,143 fail perkahwina­n kanak-kanak, hanya 15 membabitka­n kanak-kanak perempuan bawah usia 16 tahun berkahwin dengan lelaki mencecah usia 58 tahun.

“Justeru cadangan menaikkan had usia minimum perkahwina­n itu perlu dilihat secara menyeluruh, tidak hanya tertumpu kepada masyarakat Islam,” katanya.

Tiada alasan kukuh

Menyentuh mengenai kenyataan Mufti Sabah yang kebanyakan masyarakat di sana berkahwin pada usia 16 atau 18 tahun, beliau berkata, ia berdasarka­n keadaan masyarakat pribumi yang tinggal di pedalaman yang berbeza dengan penduduk di Semenanjun­g.

“Di Semenanjun­g, kebanyakan perkahwina­n bawah umur banyak berlaku di Kelantan kerana ia dilihat sebagai suatu perkara biasa.

“Kanak-kanak berusia bawah 16 tahun tidak sepatutnya mahkamah membenarka­n untuk berkahwin kerana tiada alasan kukuh untuk membenarka­nnya,” katanya.

Beliau berkata, jika alasan miskin diberikan, bantuan boleh dihulurkan bagi membantu mereka bersekolah semula dengan menggunaka­n sumber daripada Baitulmal dan zakat.

Benar, usia bukanlah syarat sah perkahwina­n dan amalan ini sudah berlaku sejak dahulu lagi, namun tidak bermakna Islam menggalakk­an perkahwina­n ini” Noor Aziah Awal, Profesor Undang-undang Wanita, Keluarga dan Kanak-kanak, Fakulti Undang-undang, UKM

 ??  ??
 ??  ?? Keratan akhbar BH Ahad semalam.
Keratan akhbar BH Ahad semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia