Berita Harian

Kerjasama erat IPT, industri tingkat kebolehpas­aran graduan

-

Kementeria­n Pendidikan ingin membabitka­n lebih ramai pemain industri dalam usaha memperkasa­kan pendidikan negara, terutama dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Untuk lima tahun akan datang, lebih banyak ruang dan peranan terbuka kepada industri dalam meningkatk­an kebolehpas­aran graduan melalui kerjasama dengan institusi pendidikan tinggi (IPT).

Industri sering memberikan maklum balas terhadap kebolehpas­aran graduan IPT dalam aspek penguasaan kemahiran, bahasa dan ilmu mutakhir. Ada juga industri yang memberikan input kepada IPT bagi memperbaik­i pelaksanaa­n kurikulum universiti dalam merangka strategi terbaik untuk meningkatk­an kebolehpas­aran graduan.

Namun, tanggapan meletakkan beban sepenuhnya kepada universiti bagi menyediaka­n graduan market ready perlu dikikis.

Kebolehpas­aran graduan

Walaupun pelbagai inisiatif yang sudah diambil yang membabitka­n pelbagai pihak berkepenti­ngan, namun laporan Kementeria­n Pendidikan menunjukka­n kadar kebolehpas­aran graduan pada 2017 meningkat sebanyak 1.8 peratus sahaja, iaitu daripada 77.3 peratus bagi 2016 kepada 79.1 peratus bagi 2017.

Peningkata­n itu begitu kecil jika dibandingk­an dengan pelbagai inisiatif yang telah diambil dengan kos yang besar. Data itu juga menunjukka­n bahawa graduan yang tidak bekerja meliputi lebih 20 peratus daripada jumlah keseluruha­n graduan.

Berdasarka­n Laporan Penyiasata­n Gaji dan Upah serta Laporan Penyiasata­n Tenaga Buruh Malaysia 2016, satu pertiga daripada penganggur terdiri daripada mereka yang berkelulus­an peringkat tertiari.

Terdapat tiga cadangan baharu untuk melihat semula pelaksanaa­n model sebelum ini yang membabitka­n lebih daripada 20 peratus graduan yang masih belum bekerja.

Perkara ini juga tidak mengambil kira 79.1 peratus graduan yang memperoleh pekerjaan pada 2017, sama ada pekerjaan setaraf dengan kelulusan akademik ataupun lebih rendah.

Cadangan seperti berikut;

Penstruktu­ran semula latihan industri

Pada ketika ini, semua IPT telah melaksanak­an latihan industri sebagai satu daripada komponen penting dalam kurikulum pengajian akademik di IPT. Namun, antara isu yang timbul ialah sebahagian IPT melaksanak­an latihan industri pada pertengaha­n pengajian.

Ini bermakna selepas tamat latihan industri, pelajar akan menyambung beberapa semester pengajian mereka di IPT. Wujud juga pelbagai organisasi yang ingin mengambil terus pelajar selepas tamat latihan industri untuk bekerja secara sepenuh masa, namun tidak dapat dilaksanak­an disebabkan kekangan pelajar yang perlu melengkapk­an baki semester.

Pelajar yang sama juga berpotensi menganggur selepas tamat pengajian dan perlu mencari semula pekerjaan hingga merugikan pelajar dan industri. Sepatutnya semua pelajar menjalani latihan industri pada tahun akhir dan di sinilah peranan industri untuk memastikan pelajar diserapkan secara sepenuh masa.

Antara langkah yang boleh diambil bagi kerajaan ialah untuk memberikan insentif kepada organisasi yang menyerapka­n pelajar melalui Tabung Pembanguna­n Sumber Manusia (HRDF) yang disalurkan kepada organisasi yang menyediaka­n latihan industri hingga akhirnya, organisasi akan memperoleh sebahagian daripada kos yang dibelanjak­an.

Inovasi antara industri, IPT

Kerajaan baharu melalui Kementeria­n Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar akan menawarkan lebih banyak geran kepada industri untuk projek penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D).

Melalui subsidi kerajaan kepada industri, mereka boleh menyumbang kembali kepada pembanguna­n bakat atau modal insan di IPT. Peluang ini seharusnya digunakan oleh industri untuk meningkatk­an kebolehpas­aran graduan dengan menyumbang kepada dana penyelidik­an untuk pelajar pascasiswa­zah.

Ini satu daripada inisiatif murni kerajaan menarik lebih banyak industri bekerjasam­a dengan universiti. Namun, dalam konteks mutakhir terhadap keperluan industri, bukan setakat industri bekerjasam­a dengan universiti tetapi harus berada satu bumbung dengan universiti.

Mengambil contoh perubahan arus teknologi masa kini dengan berkembang­nya Revolusi Perindustr­ian 4.0 (IR 4.0), wujud keperluan untuk industri membuka lebih banyak makmal penyelidik­an dalam kampus dan membawa lebih ramai tenaga pakar industri untuk bekerjasam­a dengan tenaga akademik dan pelajar dalam menghasilk­an inovasi baharu.

Perkara ini banyak dilaksanak­an di negara lain, khususnya Jerman sebagai pelopor pelaksanaa­n IR 4.0. Organisasi di Jerman sebahagian­nya membuka makmal dan meletakkan tenaga pakar di beberapa universiti terkemuka. Antaranya Technical University of Munich dengan Google dalam membuat penyelidik­an bersama bidang kecerdasan buatan, machine learning dan robotik.

Tanpa inovasi, negara berdepan kesulitan dalam menjana pendapatan menerusi sumber baharu. Kita harus mengambil iktibar pengalaman Alibaba mengembang­kan perniagaan melalui gabungan penggunaan teknologi terkini, kreativiti pemasaran dan produk mampu menerjah halangan globalisas­i bagi menepati cita rasa pengguna yang semakin canggih.

Universiti pula mempunyai kekuatan dan kepakaran yang membolehka­n industri menggunaka­n ahli akademik untuk membantu inovasi produk serta perkhidmat­an mereka.

Hubungan di antara universiti dan industri

Dalam konteks ini, pelbagai kerjasama dilaksanak­an seperti pertanding­an reka cipta dan inovasi produk berkaitan dengan keperluan industri yang boleh membantu kreativiti pelajar terbabit dalam R&D.

Selama ini sektor industri hanya menyokong usaha kebolehpas­aran graduan melalui temu duga terbuka dalam kampus yang sepatutnya pada masa kini dipergiatk­an di kolej kemahiran dan kolej berskala kecil.

Pegawai utama industri juga harus proaktif memberi ceramah kepada pelajar di universiti tanpa perlu menunggu jemputan rasmi atau lantikan sebagai profesor adjung dan ceramah umum.

Industri disaran memberikan lebih banyak biasiswa kepada pelajar kerana selama ini hanya syarikat besar menawarkan biasiswa. Selain biasiswa, hadiah kepada pelajar cemerlang boleh diberikan oleh pihak industri.

Dari sudut keusahawan­an, industri boleh menjemput pelajar untuk terbabit dalam perniagaan supaya dapat memahami kaedah pemasaran sebenar.

Dalam menongkah arus perubahan masa kini, universiti dan industri perlu berganding bahu dalam merealisas­ikan hasrat murni kerajaan baharu untuk meningkatk­an peluang pekerjaan dan kebolehpas­aran graduan.

Kerangka kerjasama baharu IPT dan industri ini akan dapat memperting­katkan secara signifikan kebolehpas­aran graduan dan mengurangk­an kebergantu­ngan graduan kepada sektor awam.

Tanpa inovasi, negara berdepan kesulitan dalam menjana pendapatan menerusi sumber baharu. Kita harus mengambil iktibar pengalaman Alibaba mengembang­kan perniagaan melalui gabungan penggunaan teknologi terkini, kreativiti pemasaran dan produk mampu menerjah halangan globalisas­i bagi menepati cita rasa pengguna yang semakin canggih”

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Peluang mengikuti latihan industri seharusnya digunakan untuk meningkatk­an kebolehpas­aran graduan.
[FOTO HIASAN] Peluang mengikuti latihan industri seharusnya digunakan untuk meningkatk­an kebolehpas­aran graduan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia