Berita Harian

Wanita kena berani ceburi pelaburan hartanah

-

Melaka: Golongan wanita boleh menjadikan pelaburan dalam sektor hartanah bagi membantu mereka mendapatka­n pulangan lumayan pada masa depan.

Pakar hartanah, Rosilawate Mustapa, berkata tiada halangan untuk golongan wanita memiliki hartanah sendiri asalkan mereka berani keluar daripada zon selesa.

Katanya, wanita juga perlu membuang persepsi iaitu kediaman atau hartanah perlu disediakan oleh suami.

“Wanita perlu bangkit dan beli kediaman kerana kelak aset itu mampu menjana pendapatan sekali gus membolehka­n mereka penuhi kehendak sendiri.

“Sebagai wanita, kita perlu kuat dan jangan terlalu berserah ataupun sesekali tunjuk kelemahan. Ini kerana wanita mampu menyaingi golongan lelaki,” katanya.

Beliau ditemui pada Pameran Hartanah Myrumah201­8 selepas menyampaik­an ceramah bertajuk ‘5 Strategi Pemilikan Hartanah Dalam Kalangan Wanita’ di pusat beli belah Mahkota Parade, di sini, semalam.

Rosilawate yang lebih mesra dipanggil Ros Shila berkata, sesetengah individu perlu ‘buang saka’ atau menghindar­kan sikap takut berhutang kerana tindakan itu tidak mendatangk­an keuntungan.

Katanya, biarpun bidang hartanah sedikit payah untuk diceburi, jika dilakukan secara bersungguh­sungguh ia pasti mendatangk­an hasil lumayan.

Pengunjung, Teo Mary Lin, 64, berkata topik yang disampaika­n adalah satu perkongsia­n yang amat berguna kerana dia sendiri tidak terfikir yang sektor hartanah mampu menjana pendapatan.

“Topik dikemukaka­n oleh panel jemputan cukup menarik dan mudah untuk difahami. Saya peroleh banyak ilmu yang boleh dikongsika­n kepada anak-anak,” katanya.

 ??  ?? Rosilawate menyampaik­an ceramah pada hari terakhir Pameran Hartanah Myrumah 2018 anjuran NSTP di Mahkota Parade, Melaka.
Rosilawate menyampaik­an ceramah pada hari terakhir Pameran Hartanah Myrumah 2018 anjuran NSTP di Mahkota Parade, Melaka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia