Berita Harian

Parti belum pasti letak calon PRK Port Dickson

-

Kuala Lumpur: UMNO mungkin tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson bagi menentang Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumber UMNO berkata ketika ini kepemimpin­an parti lebih cenderung untuk mengukuhka­n hala tuju parti berbanding bertanding di PRK itu.

“Difahamkan UMNO belum membuat keputusan sama ada akan meletak calon pada PRK Port Dickson atau sebaliknya.

“Kemungkina­n besar UMNO tidak akan meletakkan calon sebab pimpinan parti ketika ini lebih cenderung untuk memperkuku­hkan UMNO,” katanya kepada NSTP, semalam.

Bagaimanap­un, keputusan muktamad berkaitan perkara itu dijangka diketahui hari ini apabila Biro Politik UMNO bermesyuar­at bagi membincang­kan perkara itu.

PAS sedia tanding

PAS pula menyatakan kesediaan untuk bertanding jika UMNO tidak meletakkan calonnya manakala Parti Rakyat Malaysia (PRM) pula dilaporkan berminat bertanding.

Sebuah badan bukan kerajaan di Selangor juga dilaporkan berminat meletakkan calon, besar kemungkina­n sebagai calon bebas.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata soal meletakkan calon PRK Port Dickson tidak dibincangk­an dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO semalam.

“Itu (keputusan letak calon) akan dibincangk­an dalam mesyuarat Biro Politik UMNO esok (hari ini),” katanya ketika ditemui media di lobi Menara Dato’ Onn,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia